Program Kelestarian ICT Ke Arah Pembangunan Komuniti Digital (BELIA B40)

Bengkel Program Kelestarian ICT Ke arah pembangunan Komuniti Digital (belia B40) telah diadakan pada 8-9 Oktober 2022 dengan jayanya bertempat di Dewan Suarah Kota Samarahan. Majlis Penutupan telah disempurnakan oleh YB Datuk Hajah Rubiah Binti Haji Wang. Majlis juga dihadiri oleh Prof Dr Abang Zainoren Bin Abang Abdurahman, Timbalan Rektor Penyelidikan & Jaringan Industri UiTM Cawangan Sarawak, Pengurusan atasan Kelab kakitangan (KEKiTA) UiTM Cawangan Sarawak, Koordinator Jaringan Komuniti UiTM Cawangan Sarawak, Dr Azlina Bujang.

Bengkel yang mensasarkan belia golongan B40 yang berada di sekitar Kota Samarahan ini bertujuan untuk memberi pendedahan berkenaan dengan kemahiran pengurusan perkakasan dan membaikpulih komputer serta memupuk minat mereka untuk menceburi bidang perniagaan yang berunsurkan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Bengkel ini telah dihadiri oleh belia-belia daripada 10 buah kampung iaitu .Kampung Baru Hulu, Kampung Baru Tengah, Kampung Baru Hilir, Kampung Meranek, ampung Meranek Lot Baru, Sindang, KampungTanjung Bundong Tradisi, Kampung Tg. Bundong Fasa I, II dan III.

Ini adalah selaras dengan agenda kelestarian dan mendokong aspirasi keluarga Malaysia yang memastikan tiada golongan yang ketinggalan untuk mendapatkan peluang menambah ilmu dan mengasah bakat. Usaha ini amat penting dalam merealisasikan matlamat kerajaan negeri untuk melahirkan lebih ramai masyarakat khususnya yang menjurus kepada golongan celik ICT.

YB Datuk Hajah Rubiah Binti Haji Wang berkata beliau amat menyokong penuh program seumpama ini dianjurkan dan ini adalah hasil daripada kerjasama pelbagai pihak demi memastikan gologan belia ini terus maju kehadapan.

Menurut Koordinator Jaringan Komuniti UiTM Sarawak Dr Azlina Bujang, dengan adanya bengkel ini adalah diharapkan agar lebih ramai golongan belia dan komuniti setempat di Kota Samarahan menceburi bidang ekonomi selaras dengan aspirasi kerajaan negeri Sarawak yang berasaskan teknologi digital dan seterusnya mengubah taraf hidup mereka. Bengkel yang berlangsung selama 2 hari ini telah mendapat reaksi yang positif daripada semua peserta yang telah dihadiri seramai 30 orang belia.