Program Keceriaan Kampus UiTM Pulau Pinang

Program Keceriaan Kampus bagi UiTM Cawangan Pulau Pinang

PERMATANG PAUH – Bahagian Hal Ehwal Akademik (HEA) baru-baru ini telah menganjurkan Program Keceriaan Kampus bagi UiTM Cawangan Pulau Pinang.

Program dimulai dengan senam cergas Zumba bertempat di Laman Perdana, Kompleks Perdana Cawangan Pulau Pinang. Program yang telah berjaya melibatkan penyertaan kakitangan dan juga pelajar kemudiannya dibahagi-bahagikan mengikut kumpulan dan acara-acara sukan yang ditandingi.

Pertandingan sukan rakyat seperti galah panjang, sepak raga bulatan, dan musang berjanggut adalah di antara acara-acara sukan yang dipertandingkan. Pertandingan sukan secara berkumpulan bermatlamatkan memupuk semangat kerjasama di antara ahli-ahli kumpulan, menguatkan silaturahim di antara kakitangan dan pelajar, dan juga menanam semangat berdaya saing di kalangan peserta.

Acara-acara sukan telah diadakan di Laman Perdana dan Gelanggang Sukan UiTM Cawangan Pulau Pinang. Majlis penyampaian hadiah dan penutup telah disempurnakan di Laman Perdana.

Foto berkaitan:

0
0