Program Kaunseling Berfokus (Aspirasi Akademik)

ARAU, 12 Disember 2024 – Satu program Kaunseling Berfokus dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan Pelajar KAB, Persatuan GEOMASS dan pihak Kaunseling UiTM Cawangan Perlis telah diadakan di Podium, UiTM Cawangan Perlis. Hadir sama dalam program ini ialah Encik Ikhwan Mohamed, Penasihat Persatuan GEOMASS dan 44 orang pelajar, Kolej Pengajian Alam Bina, UiTM Cawangan Perlis.

Program ini melibatkan mahasiswa yang memperoleh CGPA kurang daripada 2.50 dan juga kumpulan pelajar yang gagal dalam mata pelajaran Matematik (Kalkulus). Tujuan program ini adalah bagi mengenal-pasti punca kepada pencapaian CGPA yang kurang memuaskan sebelum tindakan susulan diambil. Program ini dirangka bersama pihak kaunselor adalah untuk memberikan suntkan motivasi kepada sasaran kumpulan mahasiswa ini supaya dapat memperbaiki CGPA pada semester hadapan.

Sesi selama 4 jam merangkumi tajuk mengenai cara meningkatkan motivasi diri dan juga realiti kehidupan, kepentingan suatu impian dan usaha yang diperlukan untuk mecapai impian tersebut.

Pihak KAB berbesar hati agar program ini telah memberikan peluang kepada setiap pelajar yang menyertai untuk memperbaiki diri mereka dan memperoleh keputusan cemerlang nanti.