Program Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia bersama YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

YBhg Prof Ts Dr Mohd Ilham Adenan, Rektor UiTM Cawangan Pahang telah menghadiri Program Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia bersama YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera hari ini, 13 Mac 2022.

Dalam Majlis tersebut, YBhg Prof Rektor telah mewakili YBhg Prof Datuk Ts Dr Hajah Roziah Mohd Janor, Naib Canselor Universiti Teknologi MARA bagi simbolik penyerahan surat tawaran kepada dua orang pelajar UiTM dari daerah Bera.

YAB Perdana Menteri juga turut meluangkan masa melawat ke gerai-gerai pameran dan promosi institusi pengajian tinggi yang terlibat serta rakan strategik Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia 2022.