Program Jalinan Kasih Bersama Pusat Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al Ikhlas anjuran Bahagian Pengurusan FKA

2 Mei 2019 –  Bertempatkan di Pusat Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al Ikhlas, Pulau Meranti, Puchong satu Program Jalinan Kasih Bersama Pusat Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al Ikhlas anjuran Bahagian Pengurusan Fakulti Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam telah diadakan dengan suksesnya.

Selain itu, Program ini turut dianjurkan oleh Pejabat Akademik Fakulti Kejuruteraan Awam dengan kerjasama Kelab Staf Kejuruteraan Awam UiTM (Keska) yang turut dihadiri  seramai 35 staf dan pelajar berganding bahu bagi menjayakan program ini.

Oleh yang demikian, lawatan Akademik ke Pusat Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al Ikhlas juga adalah inisiatif yang diambil oleh Pejabat Pentadbiran Akademik untuk memastikan ia selaras dengan KPI jabatan bagi mengadakan program di setiap bahagian.

Objektif lawatan ini ialah sebagai penanda aras dari segi pengurusan pentadbiran yang lebih berkesan serta aktiviti-aktiviti bagi meningkatkan prestasi kerjasama dalam satu kumpulan. Disamping itu, ia juga satu platform untuk mempelajari pengurusan terbaik melalui amalan-amalan murni yang dilakukan sepanjang lawatan ini.

Pusat Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al Ikhlas merupakan sebuah tempat yang diwujudkan bertujuan menjaga warga emas yang terpinggir oleh kasih sayang dan juga memberi perkhidmatan pada anak-anak yang inginkan yang terbaik buat ibu ayah mereka dengan izinnya.

Pengasasnya, Hajah Muji Sulaiman merupakan bekas Ketua Jururawat Hospital Serdang berpengalaman lebih dua dekad mengendalikan pesakit warga emas. Kini, bilangan penghuni pusat ini berjumlah 50 orang dan pekerjanya terdiri seramai 14 orang.

Nama Pogram: Program Jalinan Kasih Bersama Pusat Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al Ikhlas anjuran Bahagian Pengurusan Fakulti Kejuruteraan Awam, UiTM Shah Alam
Tarikh: 2-05-2019
Tempat: Pusat Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al Ikhlas, Pulau Meranti, Puchong
Penglibatan: 35 staf, pelajar

Foto berkaitan:

 

0
0