Program Intervarsity Young Motivator Competition 2019

Poster Program Intervarsity Young Motivator Competition 2019 (I-Mac 2019)

Pusat Kerjaya & Kaunseling UiTM dengan kerjasama Majlis Kaunseling dan Kerjaya Universiti-universiti Malaysia (MAKUMA) dan Pembimbing Rakan Siswa Kebangsaan (PRSK)telah dipilih untuk menganjurkan Intervarsity Young Motivator Competition 2019 (I-Mac 2019) Peringkat Kebangsaan pada 7-10 November 2019 bertempat di Dewan Mawar Qaseh, UiTM Shah Alam.

Objektif program ini adalah untuk melahirkan pelapis-pelapis motivator yang boleh menjadi pembimbing dan ikon kepada pelajar.  Seramai 60 peserta terbaik daripada semua Institut Pengajian  Tinggi Awam (IPTA) dijangka akan menyertai pertandingan ini.

Semua pelajar dijemput hadir untuk mendengar slot motivasi yang akan disampaikan oleh  para peserta serta memberi sokongan kepada peserta universiti anda. Maklumat lanjut , layari https://careercounselling4u.uitm.edu.my/

0
0