Program “I Am Me” Ukir Senyuman di Rumah Aman

Program “I Am Me” Ukir Senyuman di Rumah Aman

Seramai 24 orang mahasiswa daripada kelas Fasilitator lanjutan (HPD329A) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam telah melaksanakan Program “I Am Me yang bertempat di Rumah Aman Children’s Home, Seksyen 2 Shah Alam. Program tersebut telah dijalankan pada 17 November 2019 dan melibatkan 23 orang penghuni rumah Aman sebagai peserta.

Program yang dianjurkan dengan kerjasama Pusat Kokurikulum ini adalah bertujuan untuk meningkatkan keyakinan dan motivasi pelajar tentang ilmu pengetahuan. Program yang dikendalikan oleh para mahasiswa ini dilaksanakan dengan bimbingan daripada penasihat kelas HPD329A, Encik Fairus Darus.

Program “I Am Me” Ukir Senyuman di Rumah Aman

Menurut Puan Aishah iaitu guru di rumah perlindungan tersebut, beliau amat terharu dan gembira dengan kehadiran para pelajar dari kelas Fasilitator Lanjutan HPD329A di rumah perlindungan tersebut. Tambahan pula ini merupakan kali pertama organisasi dari luar sudi untuk menjalankan program di Rumah Aman itu.

Program yang berlangsung bermula jam sembilan pagi ini dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang dikendalikan oleh para fasilitator yang juga merupakan mahasiswa dari UiTM sendiri. Pada masa yang sama, jelas terserlah kegembiraan terpancar pada wajah para peserta dari Rumah Aman ini.

Antara aktiviti yang dilaksanakan bersama para peserta semasa program ini dijalankan adalah erti nama, Birthday Numerologi,Temubual kawan dan banyak lagi. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah untuk meningkatkan lagi keyakinan dalam diri para peserta. Pada masa yang sama aktiviti yang dijalankan turut dapat membina hubungan di antara para fasilitator dan juga peserta dari rumah perlindungan tersebut.

Sebelum berakhirnya program ini, kelas fasilitator lanjutan ini turut memberikan sumbangan berbentuk barangan harian kepada Rumah Aman ini. Sumbangan diberikan kerana pihak pengurusan rumah tersebut ada memaklumkan bahawa sudah ada bekalan barangan harian mereka yang terputus. Maka diharapkan sumbangan tersebut dapat meringakan beban mereka.

Para fasilitator yang terlibat dalam program ini turut berharap agar objektif program ini dilaksanakan dapat dicapai serta para peserta turut berjaya menerima mesej yang ingin disampaikan kepada mereka melalui setiap aktiviti yang dijalankan. Besar harapan para fasilitator terhadap para peserta agar potensi yang ada dalam diri para peserta dapat diserlahkan demi kebaikan mereka sendiri selepas ini.

Program sebegini dapat membantu para peserta untuk lebih yakin terhadap kemampuan serta kelebihan yang ada pada diri mereka. Disamping itu, para fasilitator turut dapat mempraktikkan apa yang telah dipelajari di dalam kelas fasilitator lanjutan sepanjang semester melalui program yang dilaksanakan ini. Pada masa yang sama, para peserta turut merasakan diri mereka disayangi dan masih lagi ada golongan yang mengambil berat terhadap diri mereka.

Foto berkaitan:

Program “I Am Me” Ukir Senyuman di Rumah Aman Program “I Am Me” Ukir Senyuman di Rumah Aman Program “I Am Me” Ukir Senyuman di Rumah Aman Program “I Am Me” Ukir Senyuman di Rumah Aman

0
1