Program “Hot Chocolate Research Talk Siri 3 – “Micro Industry Hub: Jambatan Antara Teori Akademik dan Aplikasi Industri”

23 Oktober 2024 – Program “Hot Chocolate Research Talk Siri 3 – “Micro Industry Hub: Jambatan Antara Teori Akademik dan Aplikasi Industri” anjuran Bahagian Penyelidikan dan Inovasi, dengan kerjasama Unit Komunikasi Korporat UiTM Cawangan Selangor telah berjaya dianjurkan. Program dijalankan bertujuan mencapai matlamat UiTM Cawangan Selangor untuk menerjemahkan penyelidikan akademik menjadi produk yang boleh dipasarkan, sekaligus menawarkan hubungan yang lebih lancar antara penyelidikan dan industri.

Program tersebut mendapat sambutan dengan penyertaan seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada Timbalan Dekan Penyelidikan Fakulti, Pensyarah Pusat Kecemerlangan (CoE), serta kakitangan akademik ini. Majlis ini dirasmikan oleh YBrs. Prof. Ir. Ts. Dr. Mohamad Hafiz Mamat, Timbalan Rektor (Penyelidikan dan Inovasi), yang hadir mewakili Rektor UiTM Cawangan Selangor.

Sesi perkongsian yang menarik telah dikendalikan oleh YBrs. Prof. Ir. Dr. Ahmad Sabirin Zoolfaka, Pengarah Business Innovation & Technology Commercialization Centre (BITCOM), bersama YBrs. Prof Madya Dr. Fazlena Hamzah, Timbalan Pengarah BITCOM, serta YBrs. Prof Madya Ir. Dr. Fadhlan Hafizhelmi Kamaru Zaman, Ketua Micro Industry Hub (MIH) dari Kolej Kejuruteraan yang juga diiktiraf sebagai Pemenang Sanjung Sarjana Rakan Industri Terbaik UiTM.

Program ini diharapkan dapat meningkatkan pemahaman dan motivasi peserta untuk mengembangkan hasil penyelidikan ke arah pengkomersialan, serta merangsang kerjasama erat antara UiTM dan pihak industri dalam menjayakan projek-projek inovasi yang mampu memberi sumbangan bermakna kepada ekonomi negara.

Galeri Gambar: