Program “Future Leader Uprising 2.0” anjuran FSK

Program "Future Leader Uprising 2.0" anjuran FSK
Para Peserta Memperagakan Pakaian Daripada Bahan Semulajadi

Pada 6 – 8 Mac 2020 yang lalu, bertempat di Rimba Kalong Eco Resort, Batang Kali, Fakulti Sains Kesihatan (FSK), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam telah menyelesaikan satu program kem ‘team building’ yang saban tahun diadakan, di mana program ini merupakan program wajib bagi Fakulti Sains Kesihatan bagi menggalakkan aktiviti fizikal dan aktiviti lasak kepada mahasiswa FSK.

Selain itu, tujuan utama pihak fakulti mengutamakan program ini sebagai program wajib adalah kerana untuk memupuk dan mengukuhkan kerjasama, tolong-menolong, setia kawan, bertolak ansur dan komitmen yang tinggi dalam aspek gerak kerja mahupun perbincangan.

Program "Future Leader Uprising 2.0" anjuran FSK
Checkpoint Treasure Hunt

Seramai 60 orang mahasiswa Fakulti Sains Kesihatan yang terdiri daripada 6 wakil dari setiap persatuan telah terlibat dengan program ini. Program ini telah dipimpin oleh Encik Fauzli bin Mohd Yusoff dan Cik Rafidah Binti Supar yang merupakan penasihat-penasihat program tersebut.

Dalam pengisian program FUTURE LEADER UPRISING 2.0 ini, pelajar-pelajar akan dibahagikan kepada 6 kumpulan yang terdiri daripada 10 peserta. Setiap kumpulan akan menjalani aktiviti-aktiviti lasak yang telah disediakan oleh pihak kem seperti night walk dan jungle tracking. Selain itu, para mahasiswa juga diberi peluang untuk bermain sukaneka yang akan menggamit kenangan mereka sewaktu masih kecil di samping mengeratkan hubungan silaturahim di antara berlainan persatuan.

Program "Future Leader Uprising 2.0" anjuran FSK
Night Walk

Seterusnya, terdapat juga aktiviti night walk yang akan mencabar keberanian apabila mereka di dilepaskan di tempat gelap dan terdapat beberapa cabaran yang mereka harus tempuhi sepanjang perjalanan tersebut. Hal ini kerana mempunyai keberanian untuk mencabar diri sendiri adalah penting apabila kita berpersatuan.

Pengisian program ini diteruskan lagi dengan aktiviti-aktiviti lasak daripada pihak kem iaitu jungle tracking. Aktiviti ini menekankan tentang kepentingan mengasah cara berfikir diluar kotak atau secara kreatif dan kritis dalam situasi yang memerlukan “critical thinking” untuk menyelesaikan sesuatu masalah dalam organisasi dan tidak hanya bergantung pada satu cara sahaja.

Hal ini kerana, terdapat aktiviti yang akan mendorong para pelajar untuk berfikir secara kreatif iaitu membuat pakaian rimba diperbuat daripada bahan semulajadi. Majoriti peserta melakukan tugasan ini dengan baik dan kreatif sekali.  Malah, bagi pihak ahli jawatankuasa sendiri, kami juga ada mengadakan treasure hunt di mana para mahasiswa diberi pembayang untuk setiap checkpoint dan mereka perlu menyelesaikannya, antara soalan yang dipertanyakan kepada para peserta ialah senarai nama VIP daripada FSK contohnya nama dekan dan timbalan dekan HEP.

Program "Future Leader Uprising 2.0" anjuran FSK
Aktiviti Sukaneka

Selain itu, mereka juga dikehendaki untuk melakukan permainan bagi menyelesaikan checkpoint tersebut seperti mencari duit syiling di dalam kolam dan melakukan obstacles. Aktiviti luar ini amat penting kepada para pelajar kerana mereka sering terlepas pandang tugas-tugas yang perlu mereka lakukan sebaik sahaja mereka mendapat tugas tersebut didalam program lain. Melalui program Future Leader Uprising 2.0 ini juga, para mahasiswa telah mendapat banyak maklumat baru dan berguna untuk dipraktikkan di dalam persatuan masing-masing dan menambahbaik susun atur organisasi mereka. Ianya akan membantu mereka membina organisasi yang lebih baik dari sebelumnya.

Dengan adanya, program Future Leader Uprising 2.0, terbukti bahawa fakulti kita memerlukan lebih kerap program seperti ini untuk memberi pendedahan kepada para pelajar supaya mereka  seharusnya menjadi seorang yang aktif dari segi fizikal mahupun dalam gerak kerja persatuan masing-masing. Program ini juga dapat membentuk mahasiswa yang fleksibel dari aspek akademik dan kokurikulum.

Program "Future Leader Uprising 2.0" anjuran FSK
Malam Kebudayaan

Oleh : SITI NURLIYANA MAHADI, Sekretariat Mahasiswa Fakulti, FSK