Program Flora Dan Fauna Warisan Samesta telah diadakan di Politeknik Negeri Sambas, Kalimantan Barat Indonesia pada 15 – 18 Jun 2023 (khamis – ahad). Program ini dianjurkan oleh Unit Kokurikulum UiTM Cawangan Sarawak, Kampus Samarahan dan dengan kerjasama oleh Politeknik Negeri Sambas atau lebih dikenali sebagai POTELSA, yang diadakan selama 4 hari. Tujuan UTAMA Program Khidmat Masyarakat ini adalah untuk MENCAPAI KPI UNIVERSITI dengan melaksanakan Program SULAM HPD233 iaitu PROGRAM DIPERINGKAT ANTARABANGSA MENGIKUT PEMETAAN PI027 UNIVERSITI. PI027 ( NUMBER OF INTERNATIONAL SULAM’S (KNOWLEDGE TRANSFER) PROGRAMMES WIFT INDUSTRY / COMMUNITY COLLABORATION IN RELATION TO SERVE LEARNING ACTIVITIES THAT MAPPED TO SDG’S ELEMENT. Ini sekaligus dapat membina hubungan kerjasama bersama industri, komuniti dan institusi di peringkat negeri dan antarabangsa iaitu dengan mengadakan aktivti secara bersemuka bersama pihak Antarabangsa yang dipilih. PROGRAM INI JUGA BERPANDUKAN SUSTAINABILITY DEVELOPMENT GOALS (SDG). SDG 4 QUALITI EDUCATION & SDG 15 LIFE ON LAND.
Kedatangan UiTM ke POLTESA telah disambut oleh wakil Direktor POLTESA iaitu Pak Wadir Budi setiawan, S.T., M.Sc, (Timbalan Direktor POLTESA). Program ini telah disertai oleh seramai 22 orang pelajar dari UiTM Cawangan Sarawak, Kampus Samarahan iaitu pelajar HPD233 Khidmat Masyarakat dan seramai 29 orang peserta dari POLTESA. Program Khidmat Masyarakat UiTM ke POLTESA ini telah diketuai oleh Cik Asfalaila Binti Hj. Ibrahim selaku Penasihat HPD233 Khidmat Masyarakat (wakil Timbalan Rektor HEP). Manakala dari POLTESA di ketuai oleh Puan Hikmah Trisnawati, S.Ant.,M.Par, salaku wakil VIP POLTESA.
Program Khidmat Masyarakat Flora Dan Fauna Warisan Samesta adalah satu program di bawah Service-Learning Malaysia (SULAM) dijalankan bertujuan bagi mewujudkan dan mengeratkan jaringan komunikasi antara masyarakat antarabangsa dengan pelajar untuk saling berhubung dan berkongsi maklumat demi kesejahteraan bersama melalui pendekatan yang lebih padu dan berkesan. Selain itu dapat merapatkan lagi jurang di antara pelajar di samping menanam sikap mementingkan kerjasama dalam organisasi dengan menyusun aktiviti yang memerlukan dalam mencapai sesuatu matlamat. Program ini juga memberi peluang kepada pelajar untuk berinteraksi dengan masyarakat antarabangsa serta mengenali budaya dan cara kehidupan mereka dari segi adat dan budaya. Apa yang utama ialah program ini adalah Mengikuti pemetaan P1027 Universiti.
Sepanjang 4 hari berkampung di POLTESA, antara aktiviti yang dilakukan pada hari pertama kesemua peserta dari UiTM Cawangan Sarawak dan POLTESA telah mengadakan ‘Team Building’ bagi memulakan sesi perkenalan dan kerjasama di antara mereka. Pada hari kedua pula, aktiviti gotong-royong menanam pokok buah-buahan dan pokok biasa di sekitar kawasan Masjid POLTESA yang masih sedang dalam pembinaan. Sebanyak 8 pokok berjaya ditanam pada hari tersebut. Pada sebelah petang nya pula semua peserta pergi ke sebuah kampung iaitu Kampung Desa Sumber Harapan. Aktiviti gotong–royong pembersihan dilakukan di sepanjang sungai kampung tersebut. Selain itu mereka juga telah menanam sejenis pokok bakau di sungai sepanjang jambatan untuk laluan berjalan. Tujuan pokok tersebut ditanam secara rapat adalah untuk menghalang dari sampah-sarap terus memasuki ke bahagian bawah rumah di atas sungai dan untuk menguatkan tanah di dalam sungai.
Diharap dengan terlaksananya program yang dianjurkan oleh mahasiswa Kursus Kokurikulum HPD233 Khidmat Masyarakat UiTM Cawangan Sarawak, Kampus Samarahan dan berbekalkan Misi ‘MAKE IT HAPPEN’ sekaligus dapat menyahut cabaran dan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh UiTM terutama Unit Kokurikulum UiTM mendapat sokongan dan impak yang positif di kalangan warga UiTM Cawangan Sarawak dan dapat memberi inspirasi kepada pelajar-palajar dari UiTM untuk terus bergiat aktif dalam menjalankan program seperti ini.