Program Enrichment & Excellence (E&E) Fakulti Pengurusan dan Perniagaan adalah merupakan penganjuran program tahunan yang melibatkan perancangan strategik fakulti. Ianya bertujuan untuk merancang dan memantapkan lagi pengurusan fakulti agar selaras dengan kehendak universiti bagi memacu kecemerlangan bersama. Selain itu, ianya bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan sesama ahli fakulti walaupun berada di dua lokasi kampus yang berbeza.
Pelaksanaan program bagi tahun 2023, melibatkan 2 sesi iaitu Sesi I – taklimat kepada Majlis Eksekutif FPP yang terdiri daripada Ketua Biro di FPP dan diikuti dengan Sesi II iaitu perbincangan dan pemurnian bersama semua ahli FPP. Sesi I melibatkan perbincangan bersama Pengurusan FPP dan Majlis Eksekutif FPP yang telah dilaksanakan di Kampus Jengka pada 22 Disember 2022 manakala Sesi II pula lebih kepada perbincangan di dalam setiap biro dan pemurnian di mana ia melibatkan proses perkongsian dapatan bersama semua ahli fakulti agar lebih difahami untuk dilaksanakan. Untuk Sesi II, program ini telah dilaksanakan di Hotel Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang. Bersuasanakan udara yang lebih nyaman dan pemandangan yang lebih menghijau sesi II ini telah dilaksanakan dengan jayanya pada 2 Februari 2023.
Objektif Program:
i. Membincangkan tentang hala tuju dan perancangan strategi FPP merangkumi aspek penyelidikan, penulisan, pengajaran dan pembelajaran, pembangunan staf serta aktiviti penjanaan pendapatan.
ii. Berkongsi pengalaman dan membincangkan masalah-masalah yang berkaitan dengan tugas sebagai warga UiTM.
iii. Mengeratkan hubungan silaturrahim antara pensyarah terutama di kalangan pensyarah baru dan lama.
Program E&E Siri I dijalankan di UiTM Jengka dimulai dengan taklimat oleh KPP , Dr. Hasnizawati Hashim kepada semua ketua biro FPP (Majlis Ekskutif) dimulai dengan pemakluman senarai PI yang telah diamanahkan kepada fakulti. Senarai PI yang diberikan, KPP menjelaskan tugasan biro-biro yang akan terlibat dalam melaksanakan aktiviti atau program yang bersesuaian bagi memenuhi syarat PI yang ditetapkan. KPP terus memberi penjelasan yang mendalam bagi setiap PI mengikut biro supaya ketua biro dapat menjelaskannya kepada semua ahli dikalangan pensyarah FPP juga dapat memahaminya. KPP juga memaklumkan semua perancangan yang ada kepada Majlis Eksekutif, di mana terdapat 5 perancangan yang akan dilaksanakan pada tahun ini bagi memenuhi PI yang ditetapkan. Perancangan-perancangan ini adalah melibatkan semua biro dalam FPP. Oleh itu, KPP menasihatkan Majlis Eksekutif supaya berbincang dengan semua ahli biro bagi memastikan semua perancangan yang disenaraikan dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Perancangan Strategi 2023 bagi Sesi II dimulakan dengan penerangan secara terperinci oleh KPP di Colmar Tropical, Bukit Tinggi, dengan menekankan startegi UiTM 2025 berkenaan Visi, Misi UiTM untuk mencapai PI Universiti dengan slogan menyerlahkan potensi, membentuk masa depan. Sebanyak 51 PI telah diberikan kepada fakulti oleh pihak pengurusan universiti dijelaskan KPP mengikut biro-biro yang ada dalam FPP. Oleh itu, dinasihatkan kepada semua ahli FPP dapat memberi kerjasama dan komunikasi yang baik demi mewujudkan Jenama FPP dan keluarga FPP yang terbaik. KPP memaklumkan Pelan Perancangan Strategi FPP 2023, yang terdiri daripada dua bahgian iaitu Strategi Umum dan Strategi Khusus.
Setelah selesai perbentangan dan perbincangan oleh semua ahli fakulti, program diteruskan dengan Majlis Apresiasi FPP di sebelah petang dengan menyampaikan beberapa anugerah dari fakulti kepada penerima. Antara anugerah-anugerah yang diberikan ialah:
Anugerah 1- Penerima Tex Cemerlang KPP
Anugerah 2 -Anugerah Penulis Terbaik FPP, Anugerah Perunding terbaik FPP,
Anugerah 3 – Anugerah Penyelidik Terbaik, Anugerah Penerima Geran Tertinggi, Anugerah Penghasilan Projek Inovasi Terbaik.
Penyampaian anugerah ini adalah bagi meraikan kejayaan yang cemerlang dikalangan ahli serta sumbangan yang banyak diberikan kepada FPP, secara tidak langsung ianya dapat memotivasikan ahli fakulti dalam menjalankan tugasan yang diberikan.
Syukur kerana program E&E dan Majlis Apresiasi FPP 2023 telah berjaya dilaksanakan seperti yang dirancang. Kami berharap agar usaha ini sedikit sebanyak akan dapat membantu FPP agar lebih cemerlang di masa akan datang. Adalah diharapkan agar ia akan terus mendapat kerjasama sepenuhnya daripada pihak pengurusan tertinggi UiTM Cawangan Pahang demi kecemerlangan FPP dan UiTM Cawangan Pahang.