Program Ekspo Selangkah ke UiTM anjuran UiTM Cawangan Pahang berjaya menarik lebih 2000 pengunjung

Pada 18 dan 19 Jun 2022, Program Ekspo Selangkah ke UiTM yang telah dianjurkan oleh JK Misi Akademik UiTM Cawangan Pahang baru-baru ini di Econsave Bandar Jengka. Terdapat lebih 15 reruai dari semua Fakulti dan Pusat Pengajian telah dibuka bagi membantu para pelajar lepasan SPM dan para pengunjung yang ingin mendapatkan maklumat berkaitan menyambung pengajian di Universiti Teknologi Mara.

Program ini telah melibatkan lebih 100 orang termasuk barisan penganjur, petugas-petugas dan Pengurusan Tertinggi UiTM Cawangan Pahang. Econsave Bandar Jengka yang telah menaja tempat bagi ESKU 2022 pada kali ini.

Lebih 2000 pengunjung yang telah hadir sepanjang dua hari program berlangsung.