Program CSR Sumbangan Buku dan Sudut Bacaan di Home Tuaran (Rumah anak Yatim) Anjuran PEWANI

TUARAN, 13 Disember 2024 – Persatuan Wanita Universiti Teknologi MARA (PEWANI) UiTM Cawangan Sabah yang dipimpin oleh YBrs. Prof. Madya Dr Rozita @ Uji Mohammed, telah mengadakan Program CSR Sumbangan Buku Ilmiah dan Motivasi serta pewujudan Mini Perpustakaan (Sudut Bacaan) di Rumah Anak Yatim dan Maahad Tahfiz di Tuaran, Sabah. Program CSR ini adalah merupakan program kolaborasi dengan kerjasama Pewani Shah Alam yang diketuai oleh YBhg. Datin Dr. Fadzillah Salim, YDP PEWANI serta YBhg. Professor Datuk Ts. Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin, Penasihat PEWANI.

Program CSR yang disertai seramai 30 sukarelawan yang terdiri dari ahli PEWANI membuka peluang kepada ahli PEWANI untuk menyumbang dan berkongsi dengan komuniti setempat terutama penghuni Home Tuaran yang rata – rata dalam lingkungan umur 9 hingga 15 tahun. YBhg. Professor Datuk Ts. Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin, Penasihat PEWANI telah berkongsi nasihat kepada anak-anak penghuni Home Tuaran berkenaan kepentingan ilmu di dunia dan akhirat.

Selain daripada itu, beliau berkongsi peluang pendidikan tinggi untuk anak-anak Tahfiz tentang program Plus Tahfiz UiTM, Tahfiz Darul Quran di UIA, UTeM, UPSI, USIM dan TVET Tahfiz. Pengurus Home Tuaran, Puan Hjh. Junaidah Hj Hassan merakamkan penghargaan terima kasih di atas sumbangan CSR ini dan sedikit sebanyak membantu pelajar membudayakan amalan membaca dan menambahkan ilmu pengetahuan.

Program CSR ini diharap memberi manfaat dan kebaikan kepada para pelajar dan memberi pendedahan tentang kepentingan pendidikan tinggi bagi anak-anak yatim dan hafiz untuk berjaya mencapai kecemerlangan di masa akan datang. Penghuni Rumah Home Tuaran berasa gembira dan terharu dengan kunjungan dan sumbangan buku dari PEWANI. Sebagai mengakhiri program CSR, program disajikan dengan
persembahan silat dan qasidah istimewa daripada penghuni Home Tuaran.