Program Community Quest: SMK Ketengah Jaya Bersama UiTM Bukit Besi

BUKIT BESI, 27 Jun 2024 – Satu Program Community Quest bertajuk The Adventure of Health Hazards and Awareness telah berjaya dilaksanakan oleh sekumpulan pelajar semester 4 dari Program Diploma Teknologi Higien Industri, Fakulti Sains Gunaan, UiTM Cawangan Terengganu Kampus Bukit Besi pada 27 Jun 2024 bertempat di Dewan Perak dan fasiliti terpilih sekitar Kampus Bukit Besi. Seramai 38 orang pelajar Tingkatan 4 dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ketengah Jaya, Terengganu bersama 2 orang guru pengiring telah hadir untuk memenuhi jemputan ke program ini.

Program ini merupakan salah satu aktiviti Knowledge Transfer  bagi memenuhi keperluan elemen SULAM (Service-Learning Malaysia-University for Society) bagi Program Diploma Teknologi Higien Industri (AS124) di bawah kod subjek IHS244 (Community Exposures). Pendekatan ini dilihat dapat memberi sumbangan kepada komuniti melalui perkongsian kemahiran dan  pengetahuan berkaitan dengan pendedahan kesihatan komuniti (community health exposures) oleh para pelajar. Program ini juga diharap dapat memenuhi keperluan PI 076: Number of Knowledge Transfer Programme (KTP) di bawah TNCPI.

Program ini bermula dengan sesi perkongsian ilmu dan forum yang dikendalikan sepenuhnya oleh pelajar di Dewan Perak. Antara pengisian yang dikongsi bersama komuniti adalah safety vs Industrial hygiene, industrial hygiene at workplace, types of hazards, waste management, radiation exposures to the community serta beberapa topik menarik lain dan aktiviti  kuiz/permainan lain yang dijalankan bersama pelajar SMK Ketengah Jaya. Aktiviti diteruskan dengan permainan ‘Hazard Hunt’ yang dijalankan di Makmal Industrial Hygien, Makmal Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia dan Makmal Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanikal. Aktiviti secara hands-on ini membolehkan peserta mengenal pasti dan menangani potensi bahaya yang wujud di dalam makmal, sekaligus dapat mengukuhkan pengetahuan tentang  kepentingan kesihatan dan keselamatan masyarakat.

Pelajar dari SMK Ketengah Jaya juga dilihat aktif dan responsif dalam menjayakan sesi forum dan permainan ‘Hazard Hunt’ yang dijalankan. Di akhir program, pelajar jemputan dan guru pengiring diberi sedikit token penghargaan dari pihak penganjur kerana sudi memenuhi jemputan dan memeriahkan program yang dijalankan. Diharapkan Knowledge Transfer Program (KTP) ini memberi impak positif dari segi komunikasi dan perkongsian idea selain dapat memberi nilai tambah yang berguna kepada para pelajar.

Disediakan oleh: WAN FARAHIYAH WAN KAMARUDIN, INTAN NURULEIZA FADHLINA KAMARUDIN &  NORTHAQIFAH HASNA MOHAMED KHIR