Program Collaborative Teaching My Cost Statement 2.0” Peringkat UiTM Kota Kinabalu

Kota Kinabalu, 4 Julai 2024 – Telah berlangsung program “Collaborative Teaching My Cost Statement 2.0” atau ringkasnya ”CT My CS 2.0” , siri ke-2 bagi pelaksanaan penilaian tugasan berkumpulan para pelajar yang mendaftar kursus ”Introduction to Cost Accounting (ACC116)”.  Program bermula dengan persediaan ruang oleh semua kumpulan pelajar yang terdiri daripada 54 kumpulan dengan jumlah seramai 240 orang pelajar program Diploma Pentadbiran Awam (AM110), Diploma Pengajian Perniagaan (BA111), Diploma Pengajian Perniagaan – Pengangkutan (BA117) dan Diploma Keusahawanan Tani (AT113).

Seramai 13 orang juri telah terlibat di dalam penilaian tersebut. Mereka terdiri daripada 6 orang pensyarah daripada Fakulti Perakaunan , 5 orang pensyarah daripada Fakulti Perniagaan dan Pengurusan, serta 2 orang pensyarah daripada Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi. Penjurian berlangsung mengikut rubrik penilaian yang telah ditetapkan oleh fakulti. Setiap pelajar diberikan peluang untuk membuat pembentangan dengan menerangkan latar belakang perniagaan yang menjadi pilihan mereka dan seterusnya membincangkan tentang penyediaan ’Cost Statement’ dua (2) produk terpilih daripada setiap perniagaan. Di akhir pembentangan, sesi soal jawab ringkas daripada juri bagi melihat kefahaman para pelajar dalam mempersiapkan tugasan yang diberikan.

Di akhir program, satu sesi penyampaian hadiah kepada kumpulan yang memperolehi markah tertinggi (Tempat Pertama hingga Keempat/Kelima) telah diadakan sebagai memberikan motivasi kepada para pelajar. Secara keseluruhan, program ini telah berjalan dengan lancar dan telah mencapai objektifnya. Kami, selaku penganjur dan pensyarah mengajar bagi kursus ini bagi Semester Mac – Julai 2024 merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung , mahupun tidak langsung di dalam memastikan program ini berjalan dengan jayanya.

Penulis Bersama: SITTI SYAMSIAR BINTI MUHARRAM, ROSLIDA RAMLEE, JASMINE DAVID, ADELINA EBUN, SHAFAWATI FARHANA BINTI MOHD SAFIHIE