HEBAHAN PROGRAM CAREER ATTACK 2018
Pusat Kerjaya dan Kaunseling Universiti Teknologi MARA Shah Alam dengan kerjasama JobMalaysia Selangor akan mengadakan satu program temu duga pekerjaan berskala besar yang melibatkan lebih 40 syarikat dari pelbagai latar belakang industri iaitu Program Career Attack.
Program temu duga ini akan diadakan pada 30 & 31 Oktober 2018 bertempat di Dewan Mawar Qaseh, Kolej Mawar, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam bermula jam 9.00 pagi sehingga 4.30 petang. Program ini terbuka kepada orang awam. Penyertaan adalah percuma.
Sehubungan itu, pihak kami ingin menjemput pelajar/graduan/ alumni untuk bersama-sama menjayakan program ini.
Senarai syarikat, jawatan dan tarikh temu duga boleh di akses di https://careercounselling4u.uitm.edu.my/index.php/programme/306-career-attack-2018 ataupun https://www.facebook.com/PKKUiTM/ .
Senarai tersebut akan dikemaskini mengikut perubahan semasa. Calon yang berminat untuk menyertai temu duga boleh membuat pra pendaftaran di https://onyx.uitm.edu.my/aktif/edaftarpkk.nsf/main?openframeset