Program ‘Care For Ramadhan’ (C4R) Bantu Golongan yang Memerlukan

KOTA SAMARAHAN, 24 MEI 2019 (JUMAAT): UITM Cawangan Sarawak telah mengadakan program Infaq Care for Ramadan (C4R) anjuran warga Penolong Pendaftar UiTM Cawangan Sarawak yang diketuai oleh Timbalan Pendaftar Kanan UiTM Sarawak, Encik Nor Amiruddin Moktaruddin dengan kerjasama Unit ACIS (UiTM Sarawak) .

Antara lain tujuan program ini diadakan adalah untuk membantu golongan mualaf dan golongan yang kurang berkemampuan di sekitar Kota Samarahan sempena bulan Ramadhan yang mulia ini. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama serta kepimpinan di kalangan warga Penolong  Pendaftar UiTM Sarawak.

Program ini telah disempurnakan penyerahan Infaq Ramadhan oleh YBrs. Prof Madya Dr Abang Zainoren Abang Abdurahman , Timbalan Rektor Penyelidikan dan Jaringan Industri UiTM Cawangan Sarawak bertempat di Surau Kg Plaie’, Kota Samarahan.

Seramai 50 buah keluarga telah menerima barangan Infaq tersebut yang berupa barang- barang keperluan asas seperti beras, gula, sardin dan sebagainya. Turut hadir pada majlis penyerahan tersebut adalah Timbalan Pendaftar Kanan UiTM Sarawak, Encik Nor Amiruddin Moktaruddin dan kesemua Penolong Pendaftar UiTM Sarawak.

Program ini telah dilaksanakan sebagai program amal di bulan Ramadhan dengan penyerahan barangan infaq tersebut dan ia merupakan sumbangan oleh staf dan pelajar UiTM Cawangan Sarawak sendiri.

Foto yang berkaitan:

0
0