Program Bicara Tokoh

Program Bicara Tokoh adalah sesi perkongsian ilmu dan perbincangan ilmiah serta santai untuk mencetuskan aspirasi serta matlamat dalam menghadapi masa hadapan di dalam kalangan warga UiTM bersama tokoh-tokoh yang ternama dan berilmu. Pemilihan tokoh juga adalah dilihat melalui kecenderungan tokoh untuk menerapkan budaya membaca dan juga diperakui sebagai seorang tokoh pembaca yang hebat untuk mendorong warga UiTM menjadi sebagai masyarakat membaca. Encik Ismail Embong juga akan membawa Bas Mini Koleksi Lukisan “Perjuangan Membela Kemerdekaaan” yang akan di parkir di aras 2 (pintu kaca – laluan Staf) untuk pameran lukisan beliau.

OBJEKTIF

  1. Meningkatkan ilmu kepada Warga UiTM daripada sesi perkongsian ilmu dan pengalaman kedua-dua tokoh dalam bidang penulisan sejarah dan juga penghasilan lukisan
  2. Memberi inspirasi kepada warga UiTM dalam usaha memperkukuhkan jati diri Melayu
  3. Ketokohan kedua-dua individu istimewa ini mampu menyuntik semangat cintakan ilmu melalui budaya suka membaca dan mengkaji.

BUKU PILIHAN

  1. Wajah Warisan Malaysia
  2. Perjuangan Abadi Bangsa Melayu

PTAR dengan kerjasama Kursi Institusi Raja-Raja Melayu ingin menjemput seluruh warga UiTM yang berkelapangan untuk sama-sama hadir dan melihat sesi bicara tersebut. Selain itu, bagi kakitangan UiTM yang hadir akan diambil sebagai jam latihan.

0
0