2 Mei 2024 – Persatuan Pelajar Fisioterapi (PHYTAS), UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam telah mengadakan Program Bengkel Tajwid 2.0 2024. Saya, Muhammad Haziq Hakimi Bin Hazuwaimi, selaku Pengarah Program Bengkel Tajwid 2.0 2024. Program ini merupakan program kerohanian yang dianjurkan oleh Persatuan Pelajar Fisioterapi (PHYTAS) pada tahun ini. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini. Program Bengkel Tajwid 2.0 2024 dijalankan selama satu hari secara online melalui Google Teams pada hari Khamis, 2 Mei 2024. Program ini telah berjaya menarik perhatian seramai 700 orang peserta yang terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi Fakulti Sains Kesihatan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam. Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih juga diucapkan kepada penceramah jemputan iaitu Ustaz Muhammad Zaki bin Mustapa yang merupakan Pegawai Eksekutif Hal Ehwal Islam di UiTM Puncak Alam. Beliau telah memberikan ceramah yang sangat bermakna berkaitan dengan asas hukum tajwid dan cara menyebut huruf dengan betul. Selain itu, beliau juga telah membuka minda peserta dengan menceritakan sejarah penurunan al-Quran di awal ceramah.
Program Bengkel Tajwid 2.0 2024 juga bertujuan untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi perkembangan rohani, mental dan fizikal. Kami berharap program ini dapat menambah keyakinan para peserta dalam pembacaan al-Quran yang betul. Selain itu, program ini juga dapat melahirkan warga UiTM yang komited untuk mendekatkan diri dengan al-Quran. Tambahan pula, program ini juga dapat memperbaiki bacaan al-Quran secara efektif serta meningkatkan kualiti solat kepada para peseta. Sekali lagi, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program Bengkel Tajwid 2.0 2024. Terima kasih di atas kerjasama ahli jawatankuasa yang turut membantu menjayakan program ini. Tidak lupa juga kepada mahasiswa dan mahasiswi yang telah menyertai program ini.
Sekian, laporan daripada saya sebagai pengarah program. Harapan kami agar program ini dapat memberi manfaat kepada semua peserta dan menjadi titik permulaan untuk memperkukuhkan lagi kecintaan kita kepada al-Quran dan memperbaiki bacaan al-Quran. Program sebegini dijangka mampu memberi manfaat kepada semua pihak khususnya mahasiswa dalam mencipta kecemerlangan bukan sahaja di alam universiti malah berguna dimasa akan datang. Semoga para peserta mendapat pelbagai input yang berguna melalui pengisian dalam program ini.