Program ‘Back to School’ bersama Pelajar Asnaf oleh Persatuan Mahasiswa Harmoni, Fakulti Perubatan UiTM

Program 'Back to School' bersama Pelajar Asnaf oleh Persatuan Mahasiswa Harmoni, Fakulti Perubatan UiTM

14 Disember 2019 – Sekumpulan 37 orang mahasiswa dari Fakulti Perubatan UiTM Kampus Sungai Buloh, mendekati pelajar-pelajar asnaf dari Sekolah Rendah Saujana Utama melalui penganjuran aktiviti mendekati komuniti dalam program yang dinamakan ‘Back to School’.

Program ini dijayakan melalui penyaluran sumbangan dana yang dikendalikan oleh Persatuan Mahasiswa Harmoni yang disumbangkan oleh pelbagai pihak persatuan bukan kerajaan (NGO) serta individu-individu tertentu.

Program 'Back to School' bersama Pelajar Asnaf oleh Persatuan Mahasiswa Harmoni, Fakulti Perubatan UiTM

Sumbangan dana ini berjaya membantu 38 orang pelajar sekolah rendah golongan asnaf mendapatkan bantuan barangan keperluan sekolah iaitu sepasang lengkap baju sekolah, beg skolah, stoking dan kasut sekolah.

Antara aktiviti-aktiviti dalam program ini termasuklah mahasiswa terlibat dapat bersama mengiringi para pelajar sekolah rendah ini ke Pusat Pakaian Hari-Hari di Bandar Baru Sungai Buloh untuk memilih barangan sekolah yang mereka hajati.

Program 'Back to School' bersama Pelajar Asnaf oleh Persatuan Mahasiswa Harmoni, Fakulti Perubatan UiTM

Turut mengiringi pasukan ini adalah pensyarah Fakulti Perubatan iaitu Dr. Nor Faridah Ahmad Roslan selaku penasihat program dan Dr. Wan Najwa Wan Mohd Zohdi (pensyarah perubatan) serta ketua Polis Bantuan Kampus Sungai Buloh iaitu Tuan Khairul Azman bin Abu Bakar.

Selain itu, lantaran dari penganjuran program ini, terdapat pihak penderma telah mengambil peluang untuk turut sama bersama penganjur untuk menghulurkan sumbangan ikhlas barangan keperluan dapur kepada ibubapa para pelajar asnaf yang hadir.

Sambutan yang memberangsangkan oleh pihak sekolah dan ibubapa terhadap program mahasiswa sebegini amatlah bermakna kepada semua mahasiswa perubatan yang terlibat. Pihak sekolah dan ibubapa juga turut mengzahirkan harapan agar program ini akan menjadi contoh kepada pihak-pihak lain untuk lebih giat dalam aktiviti khidmat masyarakat. Selain itu, ia juga dilihat akan mampu menyuntik semangat kepada pelajar-pelajar kategori asnaf untuk kembali ke sekolah serta menimba ilmu dengan penuh kesungguhan.

Foto berkaitan:

Program 'Back to School' bersama Pelajar Asnaf oleh Persatuan Mahasiswa Harmoni, Fakulti Perubatan UiTM Program 'Back to School' bersama Pelajar Asnaf oleh Persatuan Mahasiswa Harmoni, Fakulti Perubatan UiTM

1
0