Program ASAH bagi Construction Business Project Management Division

Program ASAH bagi Construction Business Project Management Division, Fakulti Kejuruteraan Awam telah diadakan pada 19 Februari 2019 di studio CDIO, FKA bagi kursus ECM414 (Civil Engineering Appreciation) yang berkonsepkan “CDIO Approach”.

Program ini merupakan program berkala bagi memantapkan kefahaman dan kemahiran serta memberi pendedahan secara “hands-on” khususnya kepada pensyarah-pensyarah muda dan pensyarah-pensyarah yang akan mengajar kursus tersebut.

Objektif program ASAH bagi ECM414 adalah seperti berikut:
1) Introduction to ECM414
2) CDIO Implementation in the faculty
3) Teaching and Learning methods
a) Problem Based-Learning
b) Interactive Learning through on-line tools
c) Active and Experiential Learning
4) Design of Assignment and Assessment Tools

Fasilitator bagi ASAH-CBPM 2019 ialah Dr. Ir. Che Maznah Mat Isa yang merupakan pensyarah kanan dan juga Master Trainer bagi CDIO.

Tarikh : 19 Februari 2019
Tempat : Studio CDIO, FKA
Oleh: Dr. Ir. Che Maznah Mat Isa
Ketua Unit Kualiti, Fakulti Kejuruteraan Awam

#UiTMNewsHub
#raikankejayaan

0
0