Program Antarabangsa Perkukuh Daya Saing Pelajar

Seramai 3 orang pelajar AT220 Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Teknologi dan Pengurusan Perladangan telah menyertai Latihan Industri Luar Negara di Indian Institute of Plantation Management dan Sektor Perladangan di Bengaluru, India.

Latihan Industri ini berlangsung dari 22 Julai – 31 Ogos 2019. Tujuan program ini diadakan bagi mewujudkan semangat daya saing Mahasiswa UiTM kearah Global.

Seramai 2 orang Pascasiswazah dari Fakulti Perladangan dan Agroteknologi (FPA) juga telah terlibat dalam Program Mobiliti Antarabangsa di IIPM, India selama 2 minggu.

Tujuan program ini dilaksanakan bagi membolehkan pelajar- pelajar dapat mengetahui projek-projek dan juga pengalaman untuk dijadikan panduan dan dikembangkan khususnya untuk UiTM dan amnya Malaysia.

1
0