Program Angkasa Cilik SK Jejawi dengan Kerjasama KAB, UiTM Perlis

Sabtu, 29 Jun 2024 – Program Angkasa Cilik SK Jejawi telah berjaya diadakan pada hari ini di Sekolah Kebangsaan Jejawi, Perlis. Program ini merupakan anjuran Panitia Sains dan Matematik dengan kerjasama Pusat Pengajian Sains Ukur dan Geomatik, Kolej Pengajian Alam Bina, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Perlis. Program ini bertujuan memberikan pendedahan asas dan menarik minat bidang astronomi kepada pelajar sekolah rendah bersempena minggu

Seramai 70 orang pelajar sekolah rendah dan 17 fasilitator Pelajar Kolej Pengajian Alam Bina telah menyertai program ini. Hadir sama dalam program ini ialah Encik Hazimi Hussain (Guru Besar SK Jejawi), Sr Dr Rohayu Haron Narashid (Ketua Pusat Pengajian), Puan Suhaila Hashim (Pengarah Program) dan cikgu SK Jejawi. Program terdiri dua modul, iaitu Modul Jam Matahari dan Modul Pengenalan Sistem Suria yang disampaikan oleh Sr Hajah Sharifah Norasyikin Bohari selaku penceramah 1 dan Sr Gs Dr Fazly Amri Mohd selaku penceramah 2.

Sepanjang hampir 6 jam program berlangsung, penceramah menerangkan sedikit dan mengajar cara membuat jam matahari, pendedahan sistem suria dan aktiviti mengenali planet-planet dengan menggunakan model bahan yang disediakan oleh penganjur.

Bagi pihak Kolej Pengajian Alam Bina mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung yang telah menjayakan program ini. Semoga program ini dapat memupuk para pelajar mencintai dan minat tentang ilmu astronomi selain berharap dapat diteruskan pada masa depan.