Program julung kali ini diadakan telah berjaya dilaksanakan pada 10 hingga 12 Mei 2024 (Jumaat hingga Ahad) dengan kerjasama di antara Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, bagi cawangan UiTM di Pahang dan Malaysia Economy Digital Corporation (MDEC) bertempat di Dewan Indera Segara, Kampus Jengka.
Program ini mengambil subjek UBM599 (Digital Workforce) iaitu subjek meneroka trend baru muncul dalam persekitaran kerja digital melalui sumber ramai (crowdsourcing). Melalui subjek ini, para pelajar akan didedahkan kepada konsep sumber ramai (crowdsourcing), model perniagaan dan ekosistemnya. Mereka akan mempunyai kemampuan untuk menggunakan pengetahuan dan kemahiran mereka untuk menyelesaikan tugasan sumber ramai daripada platform sumber ramai dan menjana pendapatan.
Objektif program ini turut berjaya dicapai dengan:
- Membimbing pelajar dengan mendedahkan mengenai penyumberan ramai atau crowdsourcing sebagai Digital Worker.
- Memotivasi pelajar dengan berkongsikan tips dan tricks dalam menjalani cabaran di alam Digital Worker.
- Melengkapkan keperluan silibus UBM599 selain mendorong keupayaan mereka untuk mendapatkan pekerjaan, lengkap pekerjaan, menjana pendapatan, dan mewujudkan portfolio mereka dalam platform sumber ramai.
- Memberi kesedaran mengenai pengetahuan dan kemahiran teknikal untuk pelajar menyertai crowdsourcing industri sebagai pekerja ramai (Digital Worker) atau penyedia pekerjaan.
Seramai 98 orang pelajar dari jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sistem Pejabat (Kepujian) (BA232) dan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi (Kepujian) (BA262) telah menyertai program ini yang mana turut dibantu oleh 5 orang pelajar fasilitator dari program BA262.
Manakala seramai 4 orang trainers dari MDEC telah berjaya menyuntik semangat dan keazaman di kalangan pelajar sehingga dua orang pelajar (masing-masing) berjaya memenangi pertandingan rekaan logo dan mendapat tugasan atas talian di peringkat global.
Terima kasih diucapkan kepada pihak MDEC di atas kerjasama penganjuran program 3 hari ini. Antaranya:
- Nur Athirah binti Yaakob (Floor Manager)
- Nurul Najibah binti Md Azzemi (Assistant Manager)
- Khairul Imran bin Zulkefly (Trainer)
- Khairun Najmi bin Kamisan (Trainer)
Sekalung penghargaan buat Encik Mohd Azizul bin Sulaiman, selaku Ketua Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi di atas perasmian di majlis penutup program. Turut dirakamkan ucapan terima kasih kepada semua Jawatankuasa yang bertungkus lumus menjayakan program bermanfaat ini terutama Puan Mas’udah Asmui dan Encik Azmi Salim.
Sekalung penghargaan buat para pelajar yang memberikan komitmen jitu sepanjang program berlangsung. Kepada pelajar yang memenangi anugerah berikut:
Best Group Award – WISDOMFORGE
Best Freelancer Award – PUTERI NUR ILDINA SOFIAH BINTI KHAIRUL NIZAM dan AMIRAH SYAZNINA BINTI RUSLI
Best Workstream Achievement Award – ALYA BATRISYIA BINTI BAHARUDIN
Diucapkan tahniah!!!!!
Adalah diharapkan program ini dapat mencapai objektif program selain pencapaian di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) dan Globally Renowned University (GRU2025) UiTM. Pelajar juga dapat memanfaatkan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari sepanjang program ini berlangsung. Semoga program ini dapat diteruskan di masa akan datang agar pelajar menggunakan ilmu ini selepas bergraduat dan dapat mengurangkan kadar pengangguran di kalangan graduan universiti. Sekian, terima kasih.