Progam Pelancaran Rakan Pra Pendidikan Tinggi (PPT) UiTM Pulau Pinang

Suasana di Progam Pelancaran Rakan Pra Pendidikan Tinggi (PPT) UiTM Pulau Pinang

Bukit Mertajam, 20 Julai 2019 – Unit Pra Pendidikan Tinggi (PPT), Bahagian Hal Ehwal Akademik UiTM Cawangan Pulau Pinang telah menganjurkan Hari Terbuka Pra Pendidikan Tinggi di kompleks membeli belah MYDIN, Jalan Baru, Bukit Mertajam.

Kesempatan Pameran Buku “Big Bad Wolf” di lokasi yang sama diambil untuk mempromosikan Program Pra Pendidikan Tinggi yang diberi penjenamaan baharu. Dahulunya dikenali sebagai Program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB).

Kemuncak acara PPT telah dilancarkan Program Rakan Pra Pendidikan Tinggi (PPT)

Kemuncak acara PPT telah dilancarkan Program Rakan Pra Pendidikan Tinggi (PPT) di kalangan Pengerusi dan Setiausaha Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Daerah Seberang Jaya dan bakal dikembangkan  di semua daerah-daerah di negeri Pulau Pinang.

Rakan PPT ini bertindak sebagai penghubung kepada komuniti di kampung masing-masing untuk menyalurkan segala maklumat mengenai UiTM Cawangan Pulau Pinang terutamanya Program PPT.

Sehubungan dengan itu, dengan tertubuhnya Rakan PPT ini di semua daerah negeri Pulau Pinang akan mendapat peluang yang sama rata.

Tiada lagi keciciran calon yang akan berlaku. Keterlibatan Pengerusi dan Setiausaha MPKK ini adalah secara sukarela dan akan melonjak ketampakkan UiTM sebagai institusi pendidikan tinggi yang relevan di mata masyarakat.

Selain daripada itu, turut diadakan khidmat nasihat akademik, sesi taklimat hala tuju pelajar, sesi dialog alumni, reruai akademik (iNED, EMBA, Pascasiswazah, Misi Akademik) dan banyak lagi.

1
0