Profesor FKK Kongsi Kepakaran

SHAH ALAM – Profesor Fakulti Kejuruteraan Kimia UiTM Shah Alam telah dijemput bagi sesi perkongsian kepakaran beliau sempena Program Sarawak Invention, Innovation and Design Expo (SIIDEx 2019)

Program Kerjasama Kementerian Pendidikan Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak (MESTR) dan Sarawak Multimedia Authority (SMA) ini bertujuan untuk mempromosi dan memupuk minat pelajar dalam Sains dan Teknologi melalui penglibatan aktif pelajar sekolah dalam aktiviti STEM.

Peserta telah mendapat manfaat dalam sesi perkongsian bersama YBhg Profesor Dr Ku Halim Ku Hamid yang berpengalaman dalam Pertandingan Rekacipta dan Inovasi dalam dan Luar Negara dalam menghasilkan produk yang berinovasi.

1
0