NEGERI SEMBILAN, 21 JUN 2024 – Profesor Dr Yamin Yasin telah dinobatkan Anugerah Tokoh Agensi Kerajaan 2024 pada 21 Jun di Majlis Apresiasi Bandaraya yang dianjurkan oleh Majlis Bandaraya Seremban (MBS) di Klana Resort, Seremban. Majlis ini telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin Bin Harun Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus. Anugerah ini merupakan pengiktirafan MBS di atas jasa dan sumbangan Profesor Dr Yamin Yasin yang telah menjalinkan hubungan dua hala Universiti Teknologi MARA Cawangan Negeri Sembilan yang sangat baik bersama komuniti setempat melalui projek berimpak tinggi bersama MBS dan Kerajaan Negeri.
Hubungan dua hala UiTM dengan MBS bermula dengan penubuhan kumpulan Inovatif dan Kreatif (Kik) hybrid di antara UiTM Cawangan Negeri Sembilan dan Jabatan Pelancongan MBS pada 2022 untuk membangunkan pelancongan di Bandaraya Seremban. Lanjutan dari itu, beberapa kerjasama strategik bagi aktiviti berteraskan pelancongan dan kebudayaan telah dijayakan dari tahun 2022 hingga kini. Di antara aktiviti atau projek yang telah berjaya dilaksanakan adalah seperti berikut:
Projek tahun 2024
- Projek Seremban Street Art 2024.
Projek tahun 2023
- UiTM & MBS @ Citra Santai Akademia 2023 – Pesona Suarasa dan UiTM Alumni Fun Run.
- Memorandum persefahaman (MoU) UiTM dan MBS 2023.
- Rakan strategik International Seremban Folk Fest 2023 dan Persembahan Pesona Seni MBS sempena ulangtahun MBS ke-3.
Projek tahun 2022
- Kumpulan KIK hybrid 2022 iaitu kerjasama UiTM Cawangan Negeri Sembilan dan Jabatan Pelancongan Majlis Bandaraya Seremban.
- Projek UiTM & MBS @ Citra Lorong Seni Seremban 2022 (UiTM & MBS @ CLAS).