Prof Dr Roziah Mohd Janor Meninggalkan InQKA

1 Dis 2020 – Lebih dari 5 tahun Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA) berada di bawah kepimpinan Prof Dr Roziah Mohd Janor sebagai Penolong Naib Canselor UiTM semenjak Mac 2016.

Semenjak itu, segala inisiatif kualiti UiTM yang telah bermula sejak tahun 1992 sehingga kini, diteruskan dan menjadi pemangkin kepada aktiviti berkaitan kualiti di UiTM. InQKA berkembang selaras dengan transformasi UiTM dan pemerkasaan terus dilakukan untuk Penarafan UiTM untuk QS World University Ranking dan Times Hire Education (THE), Swaakreditasi, Kecemerlangan Operasi, Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC), Kumpulan Inivasi dan Kreatif, Penilaian Luar dan Pensijilan ISO 9001:2015.

Pada hari ini, 1 Disember 2020, Prof Dr Roziah telah menerima lantikan sebagai Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa di Bahagian Hal-Ehwal Akademik, UiTM. Peninggalan beliau amat dirasai oleh warga InQKA kerana selama kepimpinan beliau, beliau merupakan ‘Iron Lady‘ buat mereka.

Seluruh warga InQKA ingin mengucapkan syabas dan tahniah atas lantikan. Semoga beliau terus komited dalam merancang dan menyumbang kepakarannya bagi menjana kelestarian dan pemerkasaan program-program akademik dan pengantarabangsaan di UiTM.

Buat masa ini, tangungjawab Penolong Naib Canselor belum digalas oleh sesiapa dan lantikan akan dilakukan dalam masa terdekat. Bagi memastikan kelancaran operasi di InQKA, Prof Madya Dr Azizah Abdullah, Pengarah Jaminan Kualiti Dalaman telah dilantik sebagai pemangku sementara lantikan rasmi Penolong Naib Canselor InQKA yang baharu dibuat.