Pra Pendidikan Tinggi UiTM Di Program Jom Masuk IPT Sempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia

Program Jom Masuk IPT sempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia telah berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) selama 3 hari. Program tersebut bermula pada hari Jumaat, 10 Disember 2021 dan tamat pada hari Ahad, 12 Disember 2021 pada jam 6 petang. Pelbagai aktiviti menarik dan peluang ditawarkan kepada pelajar lepasan SPM/ STPM di Program Jom Masuk IPT 2021 sempena Showcase 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia.

Program ini melibatkan penyertaan dari Universiti Awam Malaysia, Institut Pendidikan Tinggi Swasta terpilih dan Hospital Pengajar Universiti. Terdapat Talkshow, konsultasi bersemuka, pameran Pendidikan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) untuk membantu pelajar-pelajar lepasan SPM dan pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Pra Pendidikan Tinggi UiTM tidak melepaskan peluang untuk mempromosikan dan menyebarkan maklumat perihal Program Pra Diploma yang ada. Pra Pendidikan Tinggi UiTM turut terlibat dalam memberikan perkhidmatan konsultasi bersemuka dan pameran pendidikan sepanjang program Jom Masuk IPT berlangsung.

Konsultasi bersemuka diberikan oleh Pengarah Pra Pendidikan Tinggi UiTM, PM Ts Dr. Aini Jaapar dan beberapa staf yang terlibat mengikut hari bertugas mereka. Pameran pendidikan dari Pra Pendidikan Tinggi UiTM diusahakan juga bersama Bahagian Pengambilan Pelajar Diploma dan Sarjana UiTM, dan Institut Pengajian Siswazah (IPSis) UiTM. Selain itu, Pra Pendidikan Tinggi memberikan no pin percuma kepada pelajar yang layak dan berminat untuk melanjutkan pengajian ke Pra Diploma pada hari program berlangsung. Sepanjang hari program tersebut Pra Pendidikan Tinggi UiTM juga membuka permohonan secara atas talian kepada pelajar-pelajar lepasan SPM yang melawati pameran UiTM.