Pra-Pelancaran: The 6th Malaysian International Conference on Academic Strategies in English Language Teaching (MyCASELT) dan 3rd Inaugural of Language Invention, Innovation and Design (LIID) Exposition 2019

UiTM Cawangan Sabah melalui Akademi Pengajian Bahasa (APB) telah secara rasmi melancarkan The 6th Malaysian International Conference on Academic Strategies in English Language Teaching (MyCASELT) dan 3rd Inaugural of Language Invention, Innovation and Design (LIID) Exposition 2019 bertemakan “Empowering ELT Professionals in the Globalised Environment” .

Pra-pelancaran persidangan ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Puan Jennifer Lasimbang, Timbalan Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah disaksikan oleh Prof. Dr Fauziah Noordin (Penolong Naib Canselor lnstitute of Leadership & Development (ILD), Prof. Madya Datuk Dr. Hj. Abdul Kadir bin Rosline (Rektor UiTM Cawangan Sabah), Prof. Madya  Dr Ahmad Mazli Muhammad (Dekan, Akademi Pengajian Bahasa), Prof. Madya Jasman Jaafar (Timbalan Rektor Bahagian Hal Ehwal Akademik UiTM Cawangan Sabah), Dr. Sharifah Norafizah Syed Annuar (Timbalan Rektor ICAN UiTM Cawangan Sabah) dan Miss Rose Graves wakil Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia.

Rektor UiTM Cawangan Sabah, Prof. Madya Datuk Dr. Hj. Abdul Kadir bin Rosline
Yang Berhormat Puan Jennifer Lasimbang

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Dalam majlis ini, Rektor UiTM Cawangan Sabah dalam ucapannya memaklumkan bahasa penganjuran persidangan kali ini adalah dengan anjuran bersama Akademi Pengajian Bahasa, Shah Alam dan dengan kerjasama Institut Kepimpinan dan Pembangunan UiTM-LIID, Kementerian Pelajaran dan Inovasi (KPI) Sabah serta Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia.

Selain itu, Rektor juga mengumumkan bahawa tema dan sub-tema konferensi antarabangsa ini meliputi bidang-bidang seperti Language and Globalisation, Language and Culture, Language and Technology, Language Policy and Governance, Language Assessment, Research and Development, Applied Language Studies.

Penyertaan konferensi antarabangsa ini terbuka kepada para penggubal dasar bahasa, ahli-ahli akademik tempatan dan antarabangsa, guru-guru, golongan profesional, para penggiat dan pencinta bahasa serta para pelajar siswazah dan pasca siswazah.

Penganjuran konferensi antarabangsa ini sejajar dengan dasar-dasar kerajaan pada hari ini untuk melahirkan lebih ramai graduan tempatan khususnya bumiputera yang menguasai dalam bahasa Inggeris dengan baik.

Program ini juga sejajar dengan inisiatif-inisiatif UiTM untuk melahirkan graduan bumiputera yang mampu menguasai Bahasa Inggeris dengan baik dan memenuhi keperluan pasaran kerja di negara ini. Justeru, konferensi antarabangsa ini akan meningkatkan lagi imej, kredibiliti dan kedudukan UiTM sebagai sebuah universiti bertaraf dunia.

Persidangan ini akan berlangsung pada 21 Ogos sehingga 22 Ogos 2019 di Hotel Pacific Sutera, Kota Kinabalu. Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai program 6th MyCASELT dan 3rd LIID Exposition 2019 dan ingin menghantar abstrak kertas kerja dan hasil penyelidikan mereka boleh melayari http://sabah.uitm.edu.my/mycaselt2019/ dan menghubungi sekretariat program ini di talian 088-325151, Aries Henry Joseph (016-8372104) atau Puan Norazrina Ag. Ahmad (012-8627861).

 

1
0