Pocket Pixel Mastery Anjuran JPK UCS Kampus Sg Buloh, Selayang dan Teluk Intan

8 Jun 2024 – Program “Pocket Pixel Mastery” telah diadakan bermula 09:00 pagi hingga 01:00 tengah hari bertempat di Bilik Seminar 4, Bangunan Akademik Fakulti Perubatan UiTM Kampus Sungai Buloh. Program ini telah dibimbing oleh En. Suffian bin Nodin yang merupakan jurugambar profesional dari SN Mega Resources. Matlamat program ini adalah untuk meningkatkan kemahiran pelajar dalam menggunakan telefon pintar dan kamera sebagai alat untuk merakam gambar dengan lebih berinteraktif. Ini kerana mengikut peredaran terkini masa kini di mana-mana aplikasi dan akaun media sosial, semua trend orang mengambil gambar dengan menggunakan pelbagai teknik yang menarik.

Program ini telah dihadiri wakil kelab dan persatuan serta terbuka kepada para pelajar. En. Suffian telah berkongsi pelbagai teknik menarik berkaitan ilmu fotografi termasuk teknik asas, cara mengendalikan kamera, memahami pencahayaan, komposisi gambar, serta penggunaan peralatan fotografi yang betul. Beliau juga berkongsi tips dan teknik untuk menghasilkan gambar yang berkualiti tinggi walaupun hanya menggunakan kamera telefon pintar. Program ini lebih menarik apabila pelajar dapat membuat demonstrasi praktikal iaitu dengan mengaplikasikan ilmu yang dipelajari secara langsung. Dengan demikian, peserta berpeluang untuk berinteraksi, bertanya soalan, dan mendapatkan panduan secara lansung.

Program ini perlu diteruskan di masa akan datang, ini kerana pelajar perlu sentiasa peka dengan teknologi kerana kecanggihan dalam fotografi mampu menarik minat pelajar terutama sekali penyampaian dalam grafik kerana para pelajar kini kurang membaca dan lebih suka melihat visual sahaja dalam pembelajaran.