Petronas Technology Challenge : Pelajar Fakulti Kejuruteraan Elektrik UiTMCPP ke peringkat seterusnya

Pelajar Fakulti Kejuruteraan Elektrik UiTMCPP berjaya untuk ke peringkat seterusnya di dalam Petronas Technology Challenge (Technology Challenge 6: Autonomous Drone Capable of Performing Ultrasonic Thickness (UT) Measurement at Height untuk game autonomous drone).

Penyertaan keseluruhan adalah dari 17 Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan hanya 5 IPT sahaja yang berjaya masuk ke senarai pendek dan ke peringkat “drone development”.

Untuk peringkat ini pasukan FKE UiTMCPP menerima wang tunai berjumlah RM5,000 serta sebuah drone yang bernilai anggaran RM4,000 dari pihak Petronas.

Pasukan ini diwakili oleh tiga orang pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Shaimim Raphay Shahul Hameed Raphay, Harith Firdaus Mustapha dan Nurul Kamalia Abd Halim) dengan dibantu oleh Pensyarah Fakulti Kejuruteraan Elektrik UiTMCPP (Ts. Adi Izhar Bin Che Ani, En. Mohd Ikmal Fitri Marzuki dan Ir. Muhammad Farris Khyasudeen)

1
0