Pertubuhan Alumni Alam Bina sasar julang nama UiTM dipersada antarabangsa

Penubuhan PAAB ini telahpun diisytiharkan oleh Tan Sri Dr. Arshad Ayub selaku Pro Canselor UiTM yang turut hadir pada majlis pelancarannya baru-baru ini.

SHAH ALAM – Pertubuhan Alumni Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur (FSPU) yang baru ditubuhkan beriltizam untuk mengangkat nama Universiti Teknologi MARA (UiTM) ke peringkat antabarangsa.

Pertubuhan Alumni Alam Bina (PAAB) akan melaksanakan pelbagai program termasuk kerjasama dengan pihak universiti di luar negara bagi mencapai matlamat itu.

Penubuhan PAAB telah dicadangkan diwujudkan sejak dua tahun yang lalu bagi menggabung kesemua alumni pusat pengajian FSPU supaya dapat bergerak bersama dan lebih berkesan.

FSPU mempunyai Pusat Pengajian Senibina, Pusat Pengajian Perancangan Bandar dan Wilayah, Pusat Pengajian Senibina Dalaman, Pusat Pengajian Sebina Lanskap, Pusat Pengajian Ukur Bahan, Pusat Pengajian Pengurusan Hartanah, Pusat Pengajian Pengurusan Pembinaan, Pusat Pengajian Ukur Bangunan, Pusat Pengajian Sains, Ukur dan Geomatik, Pusat Pengajian Taman dan Ameniti serta Pusat Pengajian Siswazah FSPU.

Penubuhan PAAB ini telahpun diisytiharkan oleh Tan Sri Dr. Arshad Ayub selaku Pro Canselor UiTM yang turut hadir pada majlis pelancarannya baru-baru ini.

PAAB diterajui oleh Mustapha Mohd Salleh selaku Presiden pertubuhan alumni, Naib Presiden pula terdiri daripada TPr. Norliza Hashim (Naib Presiden Wakil Alumni) serta Prof. TPr. Dr. Jamalunlaili Abdullah dan Profesor Sr. Dr. Datin Hamimah Adnan (Naib Presiden Wakil FSPU).

Seterusnya jawatan Setiausaha Kehormat PAAB yang dipegang oleh Ts. Dr. Rostam Yaman, Penolong Setiausaha – Dr. Salina Mohamed Ali dan Bendahari Kehormat – TPr. Dr. Marlyana Azyyati Marzukhi.

Oleh: Hafiszah Ismail
Sumber: http://www.utusan.com.my/pendidikan/pertubuhan-alumni-alam-bina-sasar-julang-nama-uitm-dipersada-antarabangsa-1.923962

0
0