Shah Alam, 28 Julai 2023 – Satu pertemuan rasmi telah berlangsung di antara Kedutaan Itali dan Akademi Pengajian Bahasa (APB) pada 10 pagi hingga 12 tengah hari (Jumaat). Pertemuan tersebut, dihadiri oleh Prof. Dr. Anelka Aziz Husin Timbalan Dekan Akademik, Prof. Madya Dr. Normah Ahmad, Ketua Pusat Khidmat Bahasa Asia dan Eropah, Puan Saidah Ismail, Koordinator Pengurusan Jabatan Bahasa Asia dan Eropah, Puan Haslinda Md Isa, Koordinator Komunikasi Korporat dan Dr. Piermauro Catarinella yang merupakan wakil daripada APB. Manakala dari kedutaan Itali pula dihadiri oleh Puan Eliana Salvi. Pertemuaan tersebut juga dihadiri oleh Puan Tamara Boscia daripada Department of Asian and European Languages, Faculty of Languages and Linguistics, Universiti Malaya.
Tujuan pertemuan diadakan adalah untuk membincangkan isu-isu penting serta kerjasama yang melibatkan APB serta mencari maklum balas daripada pihak yang terlibat yang membantu memberikan manfaat kepada APB.