Pertandingan Boling Tenpin Piala Pusingan Timbalan Rektor HEP 3.0

Gambar kesemua 120 mahasiswa yang bertanding.

Seremban – Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Kuala Pilah telah menganjurkan pertandingan Boling Tenpin Piala Pusingan Timbalan Rektor HEP 3.0.

Pertandingan ini merupakan program tahunan bagi Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Kuala Pilah telah menjadi sebuah program peringkat kebangsaan.

Program ini bertujuan untuk memupuk semangat daya saing dalam diri mahasiswa.

Program seperti ini dapat dijadikan sebagai satu platform untuk mahasiswa mencungkil bakat yang terpendam dalam diri mereka, dan menerapkan semangat berpasukan dalam kalangan mahasiswa, serta melahirkan graduan yang seimbang dari segi akademik dan jasmani.

Program pertandingan Boling Tenpin piala pusingan Timbalan Rektor HEP ini telah mendapat sambutan hangat dengan mendapat penyertaan sebanyak 120 orang peserta iaitu terdiri daripada 30 kumpulan, UiTM Shah Alam, kampus Rembau dan kampus Seremban, UiTM Cawangan Johor kampus Segamat, Kolej Yayasan Saad Business School, Melaka, dan ketiga-tiga kampus UiTM Cawangan Negeri Sembilan iaitu kampus Kuala Pilah.

Program ini tidak diisi semata-mata dengan perlawanan boling sahaja tetapi dimulakan dengan senaman aerobik yang dikendalikan oleh para urus setia.

“Program seperti ini perlu diteruskan lagi kerana dapat membuka ruang bagi merapatkan hubungan antara mahasiswa IPTA dan IPTS di Malaysia,” kata Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar, Mohd Zulhilmi Mohd Yunus.

Kumpulan “Wufwuf” mewakili UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Seremban menyandang tempat kedua

“Program sebegini dapat mengubah stigma masyarakat serta mahasiswa yang kurang gemar dengan aktiviti sukan di mana dianggap memenatkan dan kurang menarik, kata Pengarah program Pertandingan Boling Sepuluh Pin Pusingan, Aimal Khuzairy Abu Bakar.

Di samping turut memperkenalkan ‘hashtag’ #KPBolingTenpin3 di laman sosial Instagram untuk mendapatkan live update mengenai perjalanan dan perkembangan program, ia berkonsepkan aktiviti yang lebih santai di mana para peserta boleh melihat dan berkongsi gambar serta video mereka sepanjang program melalui ‘hashtag’ tersebut.

Program ini telah menyediakan hadiah tempat pertama, kedua, dan ketiga serta hadiah kepada pemain terbaik lelaki dan wanita.

Bagi tempat pertama, kumpulan Malu Apa Bossku dari UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Seremban telah memenangi sebuah piala pusingan, hamper, pingat, sijil dan hadiah berbentuk wang sebanyak RM 300.

Bagi pemain terbaik lelaki pula dimenangi oleh Muhammad Irfan Arif daripada UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat dan pemain terbaik wanita telah dimenangi oleh Khairunnisa Irdina Rosewan dari UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Kuala Pilah. Mereka telah menerima wang tunai sebanyak RM 50 serta membawa pulang piala khas bagi kategori berkenaan.

Setiap peserta yang hadir juga telah mendapat sijil dan pingat penyertaan dan berpeluang untuk bergambar kenangan bersama Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Encik Mohd Zulhilmi Mohd Yunus.

Oleh: Masilah Mohamad
Sumber: https://kampusuols.com/article/428384/Uni-Kita/AKTIVITI-KAMPUS/Pertandingan-Boling-Tenpin-Piala-Pusingan-Timbalan-Rektor-HEP-30

1
0