24 Jun, UiTM Shah Alam– Satu pertandingan Bahas telah berlangsung di Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Shah Alam yang mana di sertai oleh para pelajar Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media. Acara ini di anjurkan untuk membincangkan tentang kepentingan serta kesan komunikasi digital masa kini.
Para peserta yang bertanding lantang membentangkan hujah mereka menunjukkan keyakinan diri yang tinggi dalam berkomunikasi dan pada masa yang sama pihak lawan juga tidak kurang hebatnya membidas hujah-hujah dengan fakta yang tepat dalam bidang digitalisasi khususnya.
Pertandingan seumpama ini penting untuk mengasah kemahiran berkomunikasi yang mana ianya merupakan aspek penting dalam pembangunan diri dan kerjaya mereka kelak.
Seramai sembilan orang peserta telah turut serta dalam acara ini. Pertandingan ini mendapat sambutan hangat daripada semua pihak dan mencapai objektif pertandingan iaitu mengasah kemahiran literasi digital, meningkatkan kesedaran tentang peranan penting komunikasi digital dalam komunikasi seharian, terutamanya dalam konteks pendidikan dan hubungan sejagat.
Pertandingan bahas ini merupakan acara kecil dalam program U-Digitaloka yang dianjurkan oleh Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UITM Shah Alam dengan Kerjasama Kementerian Digital Malaysia, bertemakan “Transforming Tomorrow” yang bertujuan untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran komunikasi digital. Program ini telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Digital Malaysia, Tuan Shakib Ahmad Shakir.