Pertandingan Ayat Hafazan Al-Quran Dahlia Islamik Week 2022 Raih 25 Penyertaan

Pada 11 Januari 2023, telah berlangsungnya Pertandingan Hafazan bagi Program Dahlia Islamic Week di Bilik Mesyuarat Kolej Dahlia, UiTM Kampus Puncak Alam. Program Dahlia Islamic Week ini merupakan program yang bertujuan untuk menghidupkan serta menyemarakkan aktiviti kerohanian yang mendidik jiwa, melatih peribadi, jasmani dan rohani ke arah menjana iman dan taqwa di Kolej Dahlia. Program Dahlia Islamic Week menjadi lebih istimewa dengan adanya Pertandingan Hafazan yang melatih, memahami dan meningkatkan daya ingatan mahasiswi terhadap Al-Quran dimana penyertaannya mahasiswi dari Kolej Dahlia seramai 25 orang. Juri yang terlibat dalam Pertandingan Hafazan ini ialah:

1. Encik Mohd Hafizi Mahmud (Pensyarah Kanan Fakulti Sains Kesihatan UiTM),

2. Cik Rafidah Supar (Pensyarah Kanan Fakulti Sains Kesihatan UiTM),

3. Puan Hairenanorashikin binti Sharip (Staf Residen Kolej Dahlia) sebagai Penasihat dan,

4. Barisan Jawatankuasa Perwakilan Kolej Dahlia sebagai Jawatankuasa Pelaksana Program Dahlia Islamic Week

Diharapkan keberkesanan melangsungkan aktiviti Pertandingan Hafazan bagi program Dahlia Islamic Week ini memberi inspirasi mahasiswi untuk menceburkan diri dalam bidang kerohanian agar dapat mewujudkan suasana dan persekitaran yang melahirkan insan-insan yang turut dahagakan kasih dan sayang-Nya.