Persidangan Kebangsaan Mahasiswa FSPPP UiTM Se-Malaysia Kali ke-11 di UiTM Sarawak

Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi (FSPPP), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak Kampus Samarahan 2 telah dipilih menjadi tuan rumah bagi Program Persidangan Mahasiswa Kebangsaan FSPPP se Malaysia kali ke-11. Program wajib yang dianjurkan setahun sekali ini menghimpunkan semua Majlis Tertinggi daripada semua persatuan di dalam Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi di kampus induk mahupun cawangan.

Seramai 35 orang delegasi daripada kampus lain yang terlibat adalah daripada UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Seremban 3, UiTM Cawangan Sabah Kampus Kota Kinabalu, UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub, UiTM Cawangan Kelantan Kampus Machang & UiTM Cawangan Kedah Kampus Merbok.

Bertemakan, “Evolving Towards Digital Leadership” program yang berlangsung selama 4 hari ini memberi pendedahan kepada peserta dan jawatankuasa khususnya mempamerkan ciri-ciri kepimpinan berteraskan daya pemikiran kreatif dan inovatif.

Antara lain, objektif utama program yang ini adalah untuk membina platform kepada bakal-bakal pemimpin ini merasai suasana persidangan serta membina polisi yang baik dengan aspek kebolehupayaan berunding dan mencapai persetujuan bersama.

Kemuncak program ini telah dirasmikan pada malam perasmian penutupan  oleh Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Sarawak , Prof. Madya Dr. Mohammad Isa Mohamadin di samping kehadiran yang terhormat Dekan, Prof. Dr. Jasmine Ahmad dan Timbalan-Timbalan  Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi.

Foto berkaitan:

 

0
0