18 Julai 2024 – Pasukan bolasepak UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka dengan kerjasama Persatuan Sukan & Kebajikan Kakitangan (PSKK) UiTM Cawangan Pahang telah mengadakan perlawanan bola sepak persahabatan dengan Pusat Asasi Sains, UiTM Cawangan Selangor Kampus Dengkil pada 18 Julai 2024 bertempat di padang Kampus Dengkil.
Aktiviti ini bertujuan untuk (1) mengeratkan lagi ukhuwah persahabatan di antara warga UiTM, (2) memupuk semangat kesukanan dalam kalangan staf dengan menekankan pentingnya fair play dan menghormati lawan, dan (3) menggalakkan gaya hidup yang sihat secara fizikal, sekaligus menyokong amalan gaya hidup yang sihat.
Perlawanan ini turut dihadiri dan dirasmikan oleh Pengarah Pusat Asasi Sains, Profesor Ir. Dr. Ahmad Farid Abidin @ Bharun bagi meraikan kehadiran warga Kampus Pahang ke Kampus Dengkil. Turut hadir bermain sama adalah Penolong Rektor UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Seremban, Dr. Mohd Shariman Shafie, yang juga merupakan mantan pensyarah PTFT Kampus Jengka.
Perlawanan ini berkesudahan dengan kemenangan di pihak Kampus Jengka. Ini menyokong Matlamat Pembangunan Lestari (SDG), terutamanya SDG3 – Kesihatan Baik & Sekejahteraan, dengan menggalakkan gaya hidup sihat melalui sukan serta membina perpaduan di kalangan staf. Kejayaan aktiviti ini membuktikan bahawa aktiviti seperti ini penting dalam memupuk perpaduan, kesihatan dan kerjasama warga UiTM dalam mencapai matlamat bersama.