Perkongsian Penaksiran Risiko Ergonomik Bersama Jabatan Keselematan & Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Terengganu

BUKIT BESI, 11 Jun 2023 – Fakulti Sains Gunaan (FSG) UiTM Cawangan Terengganu dengan kerjasama Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Terengganu telah menganjurkan satu sesi webinar Collaborative Teaching on Ergonomic yang bertajuk Ergonomic Manual Materials Handling. Perkongsian ini telah disampaikan oleh Encik Aizad Muhammed yang merupakan Penolong Pemeriksa Kilang & Jentera dari JKKP Terengganu. Beliau juga berpengalaman sebagai Noise Risk Assessor (NRA), Hygiene Techician II, Ergonomic Trained Person (ETP) dan Indoor Air Quality Assessor. Dengan mengambil kira pengalaman beliau sebagai Orang Yang Kompeten (OYK) dalam pelbagai bidang yang dinyatakan, kolaborasi ini merupakan satu platform perpindahan ilmu dan kemahiran yang sangat efektif kepada pelajar.

Perdekatan pembelajaran secara kolaborasi ini juga dapat memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan isu-isu ergonomik yang sering berlaku di tempat kerja dan industri yang ditangani oleh pihak Jabatan Keselematan & Kesihatan (JKKP) Terengganu. Perkongsian ini juga dapat membuka ruang dan peluang kepada pelajar untuk berinteraksi secara langsung dengan penceramah (sebagai Ergonomic Trained Person) dalam pengalaman beliau menjalankan Penaksiran Risiko Ergonomik di tempat kerja dari pelbagai industri.

Sesi webinar ini berjalan selama 2 jam ini dijalankan secara atas talian bagi membolehkan pengoptimuman sumber dilaksanakan dari segi masa, kos dan keperluan fakulti. Perkongsian ilmu dari industri ini, di mana melibatkan seramai 138 orang pelajar semester 4, Program Diploma Teknologi Higien Industri (AS124) dilihat dapat memberi nilai tambah kepada pelajar yang akan menjalani Latihan Industri pada semester 5 akan datang.

Pelajar juga dilihat aktif dan responsif dalam membincangkan isu-isu dan cabaran melaksanakan Penaksiran Risiko Ergonomik di tempat kerja di samping beberapa perkara berkaitan penambahbaikan berkaitan ergonomik dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Pindaan 2022 (OSHA 2022). Diharapkan sesi webinar ini memberi impak positif dari segi komunikasi dan perkongsian idea selain dapat memberi nilai tambah yang berguna kepada para pelajar.

WAN FARAHIYAH WAN KAMARUDIN
NORTHAQIFAH HASNA MOHAMED KHIR