PERKONGSIAN ILMU: PEMPROSESAN PRODUK BIOKOMPOSIT OLEH PUSAT PENGAJIAN INDUSTRI PERKAYUAN BERSAMA PEGAWAI LEMBAGA KENAF DAN TEMBAKAU NEGARA

Pusat Pengajian Industri Perkayuan (PPIP) UiTM Pahang telah menganjurkan Program Perkongsian Ilmu: Pemprosesan Produk Biokomposit bersama 10 orang pegawai Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) di Bengkel Perkayuan UiTM Jengka bermula 31 Julai 2023 sehingga 3 Ogos 2023. Seramai 10 orang staf PPIP yang terlibat di dalam program ini.

Program ini adalah bertujuan menghasilkan sesuatu hasilan atau pun output yang berguna kepada pihak LKTN. Ia merupakan khidmat masyarakat yang disediakan melalui kaedah perkongsian ilmu dalam pembuatan Wood Plastic Composite (WPC). Aktiviti ini penting untuk memupuk perasaan muhibah antara komuniti dan pensyarah. Bukan itu sahaja, malahan dengan perancangan khidmat masyarakat yang sempurna sama ada di dalam UiTM atau luar UiTM dapat memberikan impak kepada pensyarah itu sendiri khususnya dalam memberikan khidmat serta komitmen kepada masyarakat sama ada di peringkat daerah ataupun di peringkat nasional.

Program selama empat hari ini telah diisi dengan pelbagai aktiviti seperti taklimat dan demonstrasi pengeluaran produk biokomposit, perbincangan teknikal pengeluaran produk, perbincangan bersama Timbalan Rektor PJI bagi penghasilan produk berasaskan kenaf, dan ujian terhadap produk yang dihasilkan.

Pelaksanaan program ini adalah selaras dengan keperluan Sustainable Development Goals (SDG) seperti SDG 4 (memastikan pendidikan berkualiti, menyeluruh dan saksama serta menggalakkan peluang pembelajaran sepanjang hayat untuk semua), SDG 11 (menjadikan bandar dan penempatan manusia sebagai menyeluruh, selamat, berdaya tahan dan mampan) dan SDG 17(kerjasama universiti dengan agensi luar bagi mencapai matlamat). PPIP UiTM Cawangan Pahang akan terus menyumbang kepada keperluan Universiti bagi meningkatkan lagi ranking Universiti dan menaikkan nama UiTM di mata dunia.