Perjumpaan Jawatankuasa The 2nd International Conference On Computer And Drone Applications (Iconda) 2019 bersama Sarawak Multimedia Authority (SMA)

Perjumpaan Jawatankuasa The 2nd International Conference On Computer And Drone Applications (Iconda) 2019 bersama Sarawak Multimedia Authority (SMA)

Kuching , 26 Disember 2019 – Pada 2 Disember 2019 yang lalu, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak telah mengadakan lawatan rasmi ke Sarawak Multimedia Authority (SMA) di Pejabat SMA, Kuching. Rombongan tersebut terdiri daripada beberapa wakil Jawatankuasa The 2nd International Conference On Computer And Drone Applications (IConDA) 2019 yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Firdaus Abdullah selaku Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa juga penasihat IConDA 2019 dan juga turut disertai oleh Pengerusi IConDA 2019 dan Ketua Publisiti & Tajaan iaitu Dr Azlina Bujang.

Perjumpaan Jawatankuasa The 2nd International Conference On Computer And Drone Applications (Iconda) 2019 bersama Sarawak Multimedia Authority (SMA)

Tujuan perjumpaan ini diadakan adalah untuk mempelawa pihak SMA untuk menyertai pameran yang bakal diadakan ketika berlangsungnya IConDA 2019 iaitu pada 19 dan 20 Disember 2019 di UiTM Kampus Samarahan 2 di samping menjemput pihak SMA untuk dijadikan sebagai rakan strategik penganjuran konferens tersebut.

Hasil perbincangan yang dipengerusikan oleh Dr Zaidi Razak selaku Pengurus Besar SMA itu telah memutuskan bahawa pihak SMA bersetuju untuk menjadi rakan strategik serta akan mengambil tempat di dalam pameran di dalam IConDA 2019 kelak. Turut hadir ke perjumpaan tersebut adalah beberapa pegawai daripada pihak SMA di antaranya Ketua Unit Penyelidikan & Pembangunan, Dr Khairul Hafiz Bin Sharkawi.

0
0