Perjumpaan Ahli NADA Sesi 2019/2020

 Perjumpaan Ahli NADA Sesi 2019/2020  

UiTM Puncak Alam, 27 Februari 2020: Persatuan Pelajar Pemakanan dan Dietetik telah menganjurkan satu perjumpaan antara semua ahli persatuan pada 27 Februari 2020 iaitu minggu pertama akademik. Perjumpaan ini merupakan program pertama persatuan di mana ianya melibatkan seramai 175 orang pelajar. Program ini diadakan di DK9, bangunan FSK7, UiTM Puncak Alam.

Program ini diadakan bagi memaklumkan para pelajar tentang segala aktiviti dan program yang bakal dijalankan sepanjang sesi 2019/2020. Program ini juga diadakan supaya para pelajar dapat menyuarakan pendapat atau pertanyaan supaya segala aktiviti yang bakal dijalankan dipersetujui oleh semua pelajar.

Perjumpaan Ahli NADA Sesi 2019/2020

Program ini dimulakan dengan pembentangan senarai program yang akan dijalankan sepanjang sesi 2019/2020. Hal ini bertujuan untuk mendedahkan para pelajar dengan segala aktiviti yang bakal mereka sertai. Pembentangan ini juga menerangkan objektif dan juga sasaran peserta program. Pembentangan ini akan membantu para pelajar untuk bersedia dari segi masa, tenaga dan kewangan bagi program-program yang akan dijalankan.

Seterusnya, pembentangan rotation list telah dijalankan oleh Timbalan Presiden 2 Persatuan Pelajar Pemakanan dan Dietetik. Rotation list ialah senarai nama pelajar mengikut kumpulan yang akan digunakan apabila terdapat jemputan untuk menyertai program daripada persatuan lain. Sistem ini diperkenalkan supaya semua pelajar dapat menyertai program secara sama rata. Sistem ini juga akan memudahkan persatuan untuk mencari peserta program. Pembentangan ini telah menerangkan kaedah perlaksanaan dan juga peraturan dalam sistem ini.

Perjumpaan Ahli NADA Sesi 2019/2020

Akhir sekali, program Runtastic telah dibentangkan oleh Presiden Persatuan Pelajar Pemakanan dan Dietetik. Program ini merupakan inisiatif yang dijalankan oleh pihak persatuan dengan sokongan ahli persatuan untuk menggalakkan penglibatan pelajar dalam aktiviti fizikal dan gaya hidup sihat.

Program ini juga dapat menyediakan para pelajar untuk melangkah ke fasa praktikal di mana tenaga fizikal banyak digunakan. Program ini juga dapat menggalakkan para pelajar untuk terus aktif apabila mendapat sokongan dan dorongan daripada rakan-rakan.