Perindu’s Ramadhan with Syamel Satu Aktiviti Perkongsian Sambutan Ramadhan dalam PKP

Ramadhan tidak menghalang untuk mewujudkan sebuah inisiantif yang diusahakan oleh Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) Perindu dalam memastikan agar warga kolej sentiasa berada dalam keadaan sihat mental dan fizikal terutamanya penghuni yang berada di Kolej Perindu seapanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berlangsung. Perindu’s Ramadhan with Syamel merupakan antara inisiantif yang telah dianjurkan JPK Perindu khas kepada warga kolej. Aktiviti atas talian ini dengan menggunakan medium Live Instagram telah mendapat sambutan yang sangat memberansangkan oleh warga kolej.

Dengan konteks perbincangan pengalaman sambutan Ramadhan semasa PKP dan perkongsian kerjaya dalam industri muzik telah mendapat 3, 394   tontonan secara keseluruhan yang terdiri daripada warga Kolej Perindu dan seluruh UiTM Shah Alam serta para peminat Syamel. Pengacara aktiviti tersebut saudara Muhammad Safiuddin Suhaimi,Exco Sukan dan Rekreasi JPK Perindu telah membawakan konsep sembang secara santai bersama selebriti jemputan iaitu Syamel AF.

Dalam sesi perkongsian tersebut, telah dibincangkan beberapa soalan yang telah disediakan oleh Unit Majlis dan Protokol. Antaranya, bagaimanakah pengurusan masa ketika PKP berlangsung, apakah perkembangan karier tetamu jemputan dan soalan-soalan lain lagi. Para penonton memberi respon yang agak positif melalui komen-komen di ruangan komen.

Selain itu, kemeriahan sembang santai bertambah apabila Saudara Safiuddin diminta untuk menyampaikan lagu rap yang telah diminta oleh tetamu jemputan sendiri. Seterusnya, Saudara Safiuddin juga diuji dengan bacaan Al-Fatihah oleh tetamu jemputan. Ini menunjukkan interaksi pengacara dan tetamu jemputan amat bagus dan serasi sama sekali.

Akhir sekali, aktiviti sebegini rupa sesuai dilakukan dalam menurut perintah kerajaan dan seterusnya sebagai inisiantif dalam memberi hiburan kepada para penghuni Kolej Perindu. Kekadang kita memerlukan ruang masa untuk berehat dan berhibur bagi mengurangkan tekanan atau stress dalam pembelajaran ketika tempoh PKP berlangsung.