Perindu OK? Minda Sihat, Fizikal Sihat

Perindu OK? Minda Sihat, Fizikal Sihat

Dalam menurut Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta menyokong slogan “Stay at Home”, sudah pasti ada dalam kalangan masyarakat yang merasakan diri tertekan atau stress disebabkan oleh had pergerakan yang amat ketara dalam membantu kerajaan demi mengurangkan penularan wabak COVID-19.

Tekanan perasaan atau stress merupakan satu masalah kesihatan yang berpucuk pangkalnya pada kesihatan minda. Dalam menyedari bahawa masalah ini mampu menjadi serius dan parah, sehubungan itu Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) Perindu telah menganjurkan sebuah aktiviti atas talian menggunakan medium Live Instagram akaun rasmi Kolej Perindu.

Aktiviti ini dinamakan Perindu OK? Minda Sihat, Fizikal Sihat. Menyedari hakikat bahawa JPK perlu menjalankan sebuah aktiviti yang mampu memberi impak kepada para penghuni terutamanya yang berada di kolej dek kerana terpisah jauh dari keluarga masing-masing. Tetamu jemputan ialah Dr Zaiton Nasir, Pengarah Pusat Kesihatan UiTM dan digandingkan dengan moderator iairu saudara Muhammad Nashrymie Nizar, Exco Kesenian dan Kebudayaan, JPK Perindu yang telah memberi impak positif kepada pelajar yang sertai live tersebut.

Perindu OK? Minda Sihat, Fizikal Sihat

Perkongsian yang cukup menarik dalam membincangkan isu kesihatan minda yang perlu diambil serius terutamanya dalam kalangan pelajar agar tahap pencapaian akademik memuaskan serta kesihatan secara fizikal dan mental sentiasa terjaga. Antara soalannya ialah bagaimanakah cara kita untuk mengetahui jika seseorang itu mengalami masalah kesihatan minda, pada pendapat apakah masalah yang mahasiswa biasanya hadapi sehingga boleh menyebabkan atau gangguan berkenaan kesihatan minda, adakah persekitaran dan sosioekonomi mempengaruhi kesihatan minda dalam kalangan mahasiswa dan beberapa buah soalan lagi.

Tuntasnya, aktiviti sebegini rupa amat bersesuain dalam melahirkan golongan mahasiswa yang bergiat secara proaktif keseluruhan dalam akademik mashupun penglibatan kokurikulum. Inisiantif ini telah dapat memberi pendedahan atau membuka mata para pelajar akan kepentingan minda sihat demi kesejahteraan fizikal yang sihat kerana pemikiran mempengaruhi perbuatan kita.