Shah Alam, 3 Oktober 2024 – Pada jam 4.15 petang, satu perbincangan penting mengenai Projek UTAMA (Usaha Taqwa Mulia) telah berlangsung dengan jayanya. Sesi ini dihadiri oleh peneraju utama projek, termasuk PM Dr. Alwi Mohd Yunus, Pengarah Institut Kepimpinan Pelajar; Datuk Dr. Hasrol Jono, Pengarah Pusat Kokurikulum; PM Ts. Dr. Basharudin Abdul Hadi, Pengarah Akademi Kepolisan UiTM-PDRM; Sr Dr. Ahmad Shazrin Mohamed Azmi, Dekan HEP Kolej Alam Bina; Cik Nordiana Ibrahim, Koordinator Kepimpinan; dan Cik Najihah, Penolong Pendaftar Pusat Kokurikulum.
Wakil dari ICEPS (Institute of Continuing Education & Professional Studies) turut serta, termasuk Dr. Azlan Abdul Aziz, Pengarah Bahagian Pembelajaran Digital; Siti Sapura binti Jailani, Senior IT Officer; serta Dr. Mohd Noor Ismawi Ismail, Ketua Unit ICEPS.
Perbincangan ini diadakan dalam suasana produktif, dengan tumpuan diberikan kepada pelaksanaan Projek UTAMA bagi semester Oktober 2024. Projek ini selari dengan agenda strategik UiTM untuk memperkasa pelajar melalui inovasi, nilai-nilai taqwa, dan integriti.
Projek UTAMA adalah cetusan idea daripada YBhg. Prof. Dr. Hj. Mohd Sazili Shahibi, Timbalan Naib Canselor (HEP), yang telah melancarkan modul Aspirasi UTAMA sempena Minggu Destini Siswa dan sambutan Ulang Tahun Ke-25 UiTM. Modul ini dirangka bukan sahaja untuk meningkatkan kecemerlangan akademik tetapi juga memperkasakan pelajar dengan kemahiran insaniah yang diperlukan bagi menghadapi cabaran global.
Modul Aspirasi UTAMA dijangka memainkan peranan penting dalam membentuk pemimpin masa hadapan yang berkemahiran tinggi, sejajar dengan aspirasi UiTM untuk melahirkan graduan yang mampu bersaing di peringkat global, dengan integriti dan nilai-nilai unggul sebagai asas mereka.
Penulis Utama: Mohd Nor Hajar Hasrol Jono, Profesor Dr. Sazili Shahibi
Penulis Bersama: Dr. Azlan Abdul Aziz, Nor Azlin Rosli, Mohd Shukor Abd Rahman, Dr. Alwi Mohd Yunus, Dr. Basharudin Abdul Hadi, Siti Sapura Jailani, Nordiana Ibrahim