Perbincangan Kolaborasi antara KPPIM, UiTM Global dan Sukhothai Thammathirat Open University

SHAH ALAM, 16 Mei 2023 –  Pada 12 Mei 2023 yang lalu telah berlangsung sesi perbincangan antara KPPIM, UiTM Global dan Sukhothai Thammathirat Open University di Pejabat Jabatan Perhubungan Antarabangsa (DIA). Sesi perbincangan dipengerusikan oleh Profesor Dr Shahriman Zainal Abidin , Penolong Naib Canselor Pengantarabangsaan.

KPPIM diwakili oleh Profesor Ts Dr Haryani Haron, Penolong Naib Canselor, Dr Husain Hashim, Ketua Pusat Pengajian Sains Maklumat, Dr Norizan Anwar, Koordinator Pengajian Siswazah Sains Maklumat, Dr Nor Azimah Khalid dan Dr Fadhilah Aman Pegawai Perhubungan DIA.

Manakala delegasi dari Sukhothai Thammathirat Open University terdiri daripada Prof. Madya Dr. Manit Jumpa, Pemangku Presiden, Prof. Madya Dr. Gan Chanyawudhiwan ,Pemangku Timbalan Pengerusi Perkhidmatan Akademik, Pemeliharaan Budaya dan Perhubungan Antarabangsa dan Puan Rattip Phukkeson, Pemangku Pengarah, Jabatan Perhubungan Antarabangsa.

Perbincangan berkisar beberapa perkara antaranya pembaharuan MoU dan potensi mewujudkan lebih banyak kolaborasi yang berimpak tinggi.