22 April 2024– Program Saringan Risiko Psikososial Tempat Kerja 2024 telah diadakan secara anjuran bersama MITASA dan Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) di ruang Library Community Engagement (LCE), PTAR UiTM Shah Alam. Dihadiri oleh hampir 80 orang tetamu, program ini telah dirasmikan oleh Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Dr. Shahrin bin Sahib@Sahibuddin dan disusuli oleh Program Saringan Risiko Psikososial Tempat Kerja yang disampaikan oleh Dr. Mohamad Ghazali Masuri selaku Pengarah Program.
Program ini merupakan satu langkah proaktif Kesatuan Kakitangan Universiti Teknologi MARA (MITASA) selaku majkan yang cakna terhadap kakitangan yang menyumbang kepakaran kepada organisasi, yang bertujuan menyaring punca penyakit psikososial di kalangan pekerja, dengan mengenal pasti simptom, menilai risiko dan mencadangkan langkah-langkah kawalan untuk menyalurkan bantuan sebelum terlewat.
Program ini juga diharap dapat menjamin produktiviti organisasi dan pembangunan modal insan untuk kemajuan institusi, masyarakat dan negara, melalui persekitaran yang sihat dan tidak toksik.
Menurut Pengarah Program, saringan ini dilakukan seiring dengan perlaksanaan Akta Keselamatan dan Kesihatan Perkerjaan (Pindaan 2022), yang mula dikuatkuasakan pada 1 Jun 2024 dan berada dalam fasa perjalanan yang bermatlamat sama dengan Garis Panduan Pengurusan Risiko Kesihatan Psikososial Malaysia yang dibangunkan oleh pasukan perunding dari Fakulti Sains Kesihatan dan Fakulti Sains Gunaan untuk digunakan oleh semua majikan di seluruh negara.