8 November 2024 – Sekalung tahniah diucapkan kepada Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) atas kejayaan penganjuran Invention Innovation & Design Exposition 2024 (IIDEX2024) yang berlangsung dengan jayanya di Dewan Berlian, UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam. Acara berprestij kali ini juga turut menyaksikan penglibatan Business Innovation & Technology Commercialization Centre (BITCOM) dengan penganjuran biz.spotlight2.0 serta Bahagian Perkhidmatan dan Pembangunan OKU UiTM yang menganjurkan Disability Invention, Design & Innovation Award (DIDI2024). UiTM Cawangan Selangor berbesar hati dapat bekerjasama bagi penganjuran kali ini yang mempamerkan pelbagai ciptaan inovatif yang berpotensi untuk dikomersialkan.
Perasmian penutupan telah disempurnakan oleh YB Dato Haji Mohammad Yusof Bin Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi yang turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Hadir sama memeriahkan majlis ialah YB Tuan Danial Al-Rashid Bin Haron Aminar Rashid, Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Tiga dan YBrs. Profesor Ts. Dr. Nor Azah Abd Rahman, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, yang turut mendukung visi acara untuk memupuk inovasi.
Selain itu, beberapa wakil penting turut hadir dalam majlis ini, antaranya YBrs. Encik Noorliyadi Raja Husain@Nik Idris, Head Business Corporate, Deposit And Cards, Wakil Bank Islam Berhad Malaysia, YBrs. Profesor Dr. Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UiTM Cawangan Selangor serta YBrs. Cik Junita Binti Jamaludin, Bendahari UiTM dan YBrs. Profesor Madya Ts. Dr. Roslinda Alias (CDMP), Pengarah Bahagian Perkhidmatan dan Pembangunan OKU UiTM (U-DserveD). Kehadiran barisan pemimpin berpengalaman ini menzahirkan komitmen UiTM dan pihak penganjur terhadap penyelidikan dan inovasi yang berdaya saing.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua peserta dan pemenang yang telah menunjukkan kreativiti dan dedikasi dalam menghasilkan inovasi yang berpotensi besar. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk lebih banyak inovasi yang bakal diterokai pada masa hadapan.