Perarakan dan Konvoi Merdeka

SHAH ALAM – 30 Ogos 2022 jam 9.00 pagi seramai 50 warga UiTM menyertai perarakan kemerdekaan sempena Program Sambutan Kemerdekaan yang dianjurkan oleh Perpustakaan Tun Abdul Razak Kejuruteraan dan PTAR Sains dan Teknologi hari ini.

Peserta terdiri daripada pelbagai jabatan dan bahagian turut memeriahkan perarakan hari ini.

Menurut Pengerusi Puan Rizana Mohd Radwan, Pustakawan Kanan berkata, program perarakan itu merupakan julung kalinya dianjurkan oleh perpustakaan dan acara ini akan diteruskan pada tahun akan datang.

Katanya, program berkenaan diadakan bertujuan untuk menyemai semangat patriotik dalam kalangan penduduk terutama golongan warga kerja selain mengeratkan hubungan sesama mereka.

“Perarakan ini disertai warga UiTM daripada pelbagai lapisan umur dengan berjalan kaki sejauh 1 kilometer sambil mengibarkan bendera Jalur Gemilang yang dicintai.

Program perarakan itu bertambah meriah dengan laungan Merdeka dan Tema Hari Kebangsaan Keluarga Malaysia Teguh Bersama oleh En. Ahmad Amiri bin Mohamad Timbalan Ketua Pustakawan Kanan. Turut hadir memberi sokongan En. Armyn Fahmy Mohd Fahmy Timbalan Pendaftar Kanan Kolej Pengajian Kejuruteraan.